Saturday, 20 February 2010

Mulut berbau


euwww... mulut u bau laaa... pernah tak korang dapat penghinaan seperti ini?? eheee.. mulut berbau, korang malu tak bila mulut korang berbau? atau yang lebih parah, korang tak tau pon mulut korang berbau 'uwekkk' dan hanya disedari dari perlakuan teman bercakap kita? eheheee.. dalam terma kesihatan ia dipanggil sebagai halitosis..

masalah bau mulut bukan jer babitkan kita yang mulut busuk tapi orang2 yang diajak bercakap. pasti diorang seakan mau termuntah.. (muntah ijau)
jom kita kenali tanda-tanda yang mulut korang berbau..
  • korang sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila korang bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • ada taik gigi kaler kuning.. dan lidah kotor

 pencegahan --> menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan  flos gigi setiap hari  membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

3) Penggunaan herba

 mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan 

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

10 comments:

Fiq said...

great info. tapi sebusuk2 mulut, busuk lagi hati manusia yg busuk.=p

qismina said...

btul tue fiq... mulut busuk ble bagi listerine tuk ilang kan.. kalu busuk hati, bagi nasihat pon tak jalan.. ehee

AnWaRnAiM said...

nice inf0 :)

Aus said...

oit qismina..
hahahahha ,
lol baru tahu minum teh bolek elak..
ade member aku sorg mulut mmg bau..
hohohoho.
nnt nk belanje die mnum teh..
hahahaha .

qismina said...

ahahhaaa.... sbnrye aku pon baru tau... nnti ble2 laa minum teh selalu.. pernah minum teh takde gula? sedapp.. tawar cam air masak.. hahaa

Daddy Zuki said...

kadang2 daddy mengalami masalah ini. jadi sekarang guna mouth spray beli kat guardian. b4 masuk kelas, sembur dulu sikit.

Tentang nak buat scroll bar spt blog list di blog daddy tu tutorialnya boleh didapati di

http://panduanpemblog.blogspot.com/2008/06/scroll-window-atau-scroll-box-dalam.html

Selamat mencuba. Perlu 'godek2' HTML code di blogger tu. Tapi puas hati bila tengok hasilnya yg canggih. Jarang org buat camni. Daddy buat scrolling blog list sbb terlalu byk blog yg difolo..so senang nak tengok update.

All the best!

qismina said...

tq daddy zuki..

Haney said...

kengkadang..sbb mkn menda2 yang berbau spt petai , bawang putih, rempah2 pun oleh menyebabkan nafas berbau..tp skg ni byk jual chewing gum..so bole lah kunyah slp mkn..bole gak wat senaman muka..heheh

qismina said...

petai berbau.. tp sedap.. ehee..

pasti muka cik haney langsing gtue... huhu

Fiq said...

great info. tapi sebusuk2 mulut, busuk lagi hati manusia yg busuk.=p