Monday, 1 March 2010

awas... keganjilan pada lelaki..


pernah dengar perkataan gynecomastia? gynecomastia atau  dengan nama lain pembesaran payudara pada lelaki. Pembesaran payudara pada lelaki terbahagi kepada dua, iaitu karena bertambahnya tisu kelenjar ( aku translate dari glandular tissue) payudara atau karena meningkatnya jumlah lemak di daerah dada. ginekomastia sebenar adalah kerana pertambahan tisu kelenjar. ginekomastia terjadi akibat dari ketidakseimbangan kadar hormon estrogen dan testostron dalam darah, dimana dalam ginekomastia ini kadar hormon estrogen relatif lebih tinggi jika dibandingkan dgn hormon testosteron.  peningkatan hormon estrogen inilah yang menyebabkan terjadinya pembesaran payudara. pembesaran boleh berlaku bilateral (dua2 belah) atau unilateral (sebelah sahaja).


Biasanya yang mengidap ginekomastia ini adalah  kanak2, terjadi akibat proses puberti.. antara gejala yang dikeluh kesahkan adalah sakit pada payudara dan timbul benjolan tepat dibawah puting (nipple).. ciri2 benjolan ini adalah; sakit (kadang2), mudah digerakkan (tidak statik), berbentuk cengkerang (cg aku ckp).. BIASANYA ini akan hilang sendiri tanpa pengubatan setelah 6 bulan hingga 2 tahun, jika terkena akibat proses puberti.. jika dia sudah melewati waktu puberti, ini yang harus dijaga-jaga.. jika ginekomastia ini tidak menghilang.. konsiderkan untuk melakukan pembedahan membuang benjolan ini setelah anak berumur 20-21 tahun iaitu setelah habis masa pertumbuhan. jika dalam tempoh tersebut ia makin membesar dibuang dgn serta merta tanpa menunggu tempoh masa tersebut.

jika ia berlaku pada org dewasa, kemungkinan ia adalah akibat dari penyakit2:
1. cirrhosis of the liver
2. testis cancer
3. suprarenal tumor
4. hypogonadism

antara obat-obatan yang dapat menyebabkan ginekomastia. Contohnya adalah spironolakton (diuretik), nifedifin, captopril, ketokonazol, metronidazol, ranitidin, simetidin, omeprazol, ubat HIV, diazepam, dll.

penyakit ini pada golongan dewasa mgkin kearah kosmetik  kerana pembesaran payudara seakan-akan wanita..


Pengubatan ginekomastia tergantung dari penyebabnya.  Jika kerana penyakit, maka penyakit yang menyebabkannya mesti diubati. Begitupun jika penyebabnya adalah ubat-ubatan, maka ubat yang menjadi biang ginekomastia harus dihentikan. Kadang-kadang, jika ginekomastia tidak hilang, dilakukan pengangkatan melalui pembedahan. 



 psstt: aku tak jumpa gambar lelaki yg kena penyakit nih.. korang imagin sendiri yer.. 

15 comments:

Aus MeLankoLik said...

bahaye oi..
hahaha..
kang kena beli bra..
hahahak...

owh , kau amik medic kan ?

ami auni n auji said...

kalu beli tue.. pakai arr skali.. jgn beli jer.. ehheee

yupp.. aku amik medik tapi aku takde rupa org amik medik.. ehehe

Capri said...

Salam,

One of these day I kena belajar cemana nak buat blog design cantik...

syahira ariff said...

waahhh,ader gak eh
kalau lelaki obesiti tue jd mcm nie ekk
padanlaa diorang punyer tutt tue besar,coz ader pengumpulan lemak di daerah tue.


kummentlaa new entri sy
hee~
(^____^)

ami auni n auji said...

syahira: bnda nie biasanya masalah kosmetik.. ehhee.. malu kot ade breast cam wanita.. ehhe..

mrdzy said...

huhu..aku dengan berani tampil. Aku ni gemuk yang amat kekadang terfikir gak kenapa la tetek aku nie bonjol tapi tak ada la macam shape wanita tu. aku ingat sebab lemak je jadi gini, tak sangka sebab penyakit pun leh jadi. aku kene check pada pakar ni.

ami auni n auji said...

selagi tak de benjolan takde apa yg perlu ko risau.. kalau gemuk memang normal besar(lebih kecil dari wanita)... yang penting tidak ada riwayat penyakit yg disebutkan tadi..

from: dr faizanah (coursemate)

ayat dia tue.. bukan ayat aku.. eheee..

zulkbo said...

salam Qismina..
lelaki "berbuah dada besar"
mintak di jauhkan lah..nauzubillah
bersyukur dengan apa yang ada sekarang..tapi Allah jua yang menentukan..terima kasih entri yang menarik..

ami auni n auji said...

wsalam..

mintak2 dijauhkan.. amin

tq

pak long said...

salam buat qis...
bagus jugak info ni..mekasih banyak..

ami auni n auji said...

sama2 paklong

Aus MeLankoLik said...

ceh , rendah diri lak..
hahaha .

ami auni n auji said...

kenyataan laa.. ehehe.. nnti kwn aku dr. faizanah tue nk buat blog gak.. dia dah start round lab.. dia nk crite pasal penyakit2 yg dia jumpa.. eheh

para said...

oh tidakkk..

para said...

oh tidakkk..