Thursday, 28 January 2010

beraktiviti sampai berpeluh-peluh..


PERNAHKAH korang mengalami masalah peluh yang terlampau? Misalnya tangan yang berpeluh ketika korang menjawab soalan peperiksaan hingga membasahkan kertas jawapan atau pada kaki sehingga kasut korang basah.

Keadaan peluh yang melampau ini adalah sejenis penyakit dan ia dikenali sebagai hiperhidrosis. Tapi ramai dari korang mesti tak menyangka keadaan ini adalah penyakit. Korang mungkin anggap keadaan ni sebagai masalah yang biasa terjadi pada semua orang.

Dari segi perubatan, hiperhidrosis adalah masalah peluh yang terjadi dalam satu per-seratus populasi. Biasanya ia terjadi pada tangan (disebut palmar hyperhidrosis), ketiak (axillary hyperhidrosis) dan kaki (plantar hyperhidrosis).

Punca dan penyebabnya belum diketahui dengan tepat, tapi aktiviti pengeluaran peluh ni dikawal oleh system saraf sympathetic iaitu di hipotalamus. Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamuslah yang menghantar isyarat kepada saraf peluh untuk mengeluarkan peluh dan sebaliknya. Dalam kes hiperhidrosis ini, kelenjar peluh degil dan tidak patuh pada isyarat yang dihantar oleh hypothalamus.

Hiperhidrosis menyebabkan seseorang berasa terganggu. Ia bukan saja menjejaskan keyakinan diri tetapi menyebabkan tekanan. Korang bayangkan siti nurhaliza (nama lisa suriani dilarang keras oleh pemujanya) yang ketiaknya nampak basah akibat peluh yang berlebihan, mesti laa dia akan rasa malu dan kurang keyakinan tinggi untuk angkat ketiak lebih-lebih. Dan pastinya banyak produk kecantikan akan digunakan untuk menutupinya. Ahaksss..

Dan bayangkan lagi jika kaki korang berpeluh hingga kasut basah seakan disiram air, stokin pasti cepat berbau begitu juga kaki.(wekkksss..) Jika peluh di tangan, ia menyebabkan korang malu untuk bersalam dengan kenalan baru, aweks cun, pakwe encem, dan bakal mertua. Malah, jika memandu, tangan boleh terlepas daripada stereng.

Apakah hiperhidrosis ni penyakit keturunan?? Mungkin. Sebab kebanyakan dari pesakit ini adalah adik beradik. Jadi dalam satu family yang mana mempunyai genetic mungkin ada ahli keluarga yang lain mendapat penyakit ini.

Untuk perawatannya.. ia bergantung pada keadaan korang. Suntikan botox salah satu darinya tapi rawatan nie hanya bersifat sementara sebab penyakit nie boleh kembali lagi dan memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan. Satu lagi kaedah untuk mengawal hiperhidrosis yang serius adalah melalui pembedahan iaitu dengan memotong saraf sympathetic atau nama lainnya simpatektomi; melalui kaedah Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS) dan ianya 98% berhasil mengurangkan peluh.

5 comments:

touyakaruma said...

Jadi aku penghidap penyakit palmar hyperhidrosis ?

Qismina said...

yer kot.. pi suntik botox.. ahaaakkss!!

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

bahayanya...

Qismina said...

apa yg bahaya sangat?? operation tue ke? ehee.. ada pro dan kontra ugak tue..

Qismina said...

yer kot.. pi suntik botox.. ahaaakkss!!