Friday, 19 March 2010

kelemumur menggangu anda??

Assalamualaikum.. 


Hari nie qis nak share pasal kelemumur sebab qis rasa bnda nie byak terjadi kat kita2. so enjoy jer laa baca ulasan qis pasal kelemumur dan ada kat bawah jenis 2 syampu yang boleh korang guna untuk mengatasi kelemumur ini.




bagi qis, semua org ada kelemumur ni sebab kelemumur atau dandruff adalah sel kulit kepala yang mati dan kering menggelupas. bezanya ada sesetengah orang yang penggelupasannya sedikit dan ada yang mengalami penngelupasan secara berlebihan. yang secara berlebihan ini yg bermasalah kepada kita.  secara fisiologis atau secara alaminya sel kulit kepala yang normal diperbaharui setiap 28 hari dan bagi masalah kelemumur ini, sel kulit kepalanya tumbuh dengan lebih cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Disini perlu diingatkan juga kalau kulit kepala kita ada pertumbuhan kulat yang berlebihan, pembetukan kelemumur akan bertambah berat.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya kelemumur ni. Antaranya adalah :

  • malas atau jarang bersyampu dan membilas rambut tidak sempurna terutama setelah pakai konditioner.
  • menggunakan  penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • menggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • pengeluaran minyak pada kulit kepala yang berlebihan
  • Perubahan hormon (yang nie qis tak sure hormon apa jer yg terlibat)
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah. (biasanya penderita HIV secara fisikal dikenali dgn byknya kelemumur di kepala dan bertatoo di bdnnya--> kes paling byk di tmpat qis)

Sekarang kita mengenal apa saja yang terjadi bila kepala kita berkelemumur. Antara gejala yang biasa terlihat adalah kulit kepala gatal dan menggelupas, dan terdapat  kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu dan pakaian.

Bagaimana untuk merawat kelemumur ni? seperti kalian tahu dan biasa kalian buat adalah apakai syampu anti kelemumur, berjaya atau tidak ia tergantung penyebab kelemumur itu. . Jom kita terjah, apa saja kandungan syampu anti kelemumur ni dan fungsi-funsi bahan kimia yang ada.


Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Banyakkan jenis2 syampu anti kelemumur? yang penting adalah kandungan syampu yang bleh membanteras kelemumur kita kerana yang perlu kita lakukan adalah mengubati sesuai dengan penyebabnya.. takkan kalau kita sakit jantung, ubat gastrik yang ditelan. eheehe
jadi, bila beli syampu ushar2laa dkat isikandungan dia.. lihat bahan apa jer yang terkandung.. jangan asal tgk jenama dan iklan2 kat media.ok?

Bak kata lecturer qis. mencegah lebih baik dari mengubati. so, macam mana kita nak mencegah berlakunya kelemumur ini.

  • Syampu rambut  dengan kerap sekiranya kulit kepala berminyak. so pilih la syampu yang boleh dipakai lebih kerap.
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Seperti yang kita tahu, kelemumur ini terjadia kibat dari penggelupasan kulit secara abnormal, sekarang kita kenal pasti apa saja yang menyebabkan penggelupasan kulit kepala ini.



kalau nak tahu lebih lanjut ble google sendiri.. ehehee.. tak2.. boleh laa tnya qis. nnti qis cari jawapan dan bagi korang jawapan dari pertanyaan korang. k..

Saturday, 13 March 2010

Selagi Bergelar Manusia

gambar hiasan


Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan

Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur

Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka

Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga

Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta



Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Friday, 12 March 2010

sorry guys

aku busy sejak akhir2 nie.. so tkleh nk update sgt.. byk bnda nk kongsi.. tp aku pnding dulu yer..

Friday, 5 March 2010

[personal] LOVE YOU




just nak bagi tau kat korang yang aku tgh homesick........ uwaaaaaaaa.. mak org rindu kat mak.. nak balikkk..

sedih tau mak tak jadi datang sini.. macam2 dah plan yg dibuat termasuklah makanan hari2, tempat2 best pi jalan2 dan tido bawah ketiak mak.. ehehee.. rindu.. rindu.. rindu..

smoga mak makin sihat yer. jgn degil sangat. ikut cakap abang ngan abah. okies? kali nie mak tak jadi datang takpe, nanti org grad kena datang tau.. nanti ble bawak pi jalan2.. kita pi bromo.. hehe best tue. ble tgk keliling kawah gunung brapi..

xoxo

Thursday, 4 March 2010

tips nak hilangkan ingatan macam orang amnesia


hilangkan ingatan best ker? hilang ingatan atau amnesia macam mana boleh terjadi? bolehkah kita suka suki nak hilangkan ingatan? kalau boleh, aku pon nak.. ehehe

amnesia adalah suatu keadaan di mana memori terganggu atau hilang. Punca amnesia dibahagikan kepada "organik" atau "fungsional".
  • Penyebab organik merangkumi kerosakan otak, melalui kecederaan fizikal, penyakit saraf atau kegunaan tertentu (umumnya ubat penenang) ubat-ubatan.
  • penyebab fungsional --> psikologi faktor, seperti gangguan mental, post-traumatic stress atau mekanisme pertahanan.
  • Amnesia yg muncul secara spontan --> dalam kes transient global amnesia.
jenis amnesia:
  • anterograde amnesia:  tidak berkemampuan untuk mengingat hal-hal baru. Seseorang mungkin akan menemukan diri mereka terus-menerus lupa maklumat, orang atau peristiwa selepas beberapa saat atau minit, kerana data yang ditransfer tidak berjaya dihantar dari conscious short term memory  menjadi permanent long term memory (and vise versa).
  • retrograde amnesia: seseorang yang tidak berkemampuan mengingat kenangan lama. mereka mungkin mengingati hal-hal baru yang terjadi setelah munculnya amnesia (tidak seperti di anterograde amnesia), tetapi tidak boleh mengingati sebahagian atau seluruh hidup atau identiti mereka sebelumnya.
dari jenis2 kat atas tue.. aku rela kena retrograde amnesia.. nak lupakan kenangn dulu.. tak mao ingat.. nak jadi org yg baru, bermula dari kosong.. ehhee.. tadi aku search laa pasal cara2 nk hilangkan ingatan dan aku jumpa nih.. ehheeh

soalan: 





jawapan orang takde akal:

 heheeee, kalau hardisk leh ar format...
kalau ingatan dalam kepala nih,...mmg ar susah.Kalau raser nak cabut kepala tuh...cabut ar...,cuci...

jawapan yg sesuai digunakan oleh manusia:   

Weh perkara yang sayerr buat ..ingat kat Allah .... lebih sayerr ingat kat Allah ..lebih cepat sayerr luperkan hal yang dah berlaku ... itu sayerr ler kalau dah frust tertonggeng ke aper ker ... lagi pun asam garam kehidupan ni, ajar kita jadi tabah ...kena positif hadapi hidup... 

jawapan:  jawapan yg boleh digunakan oleh para robot. 



Tuesday, 2 March 2010

aku marah... BETUL-BETUL NIH...

aku hangin pepagi buta nih.. geram.. sakit hati... ape yg aku kat ngko ha?? kalu nk berspam pon.. jgn laa sampai 12 msj yg sama ko hantar.. tak penuh aku pnya cbox tue.. kalu laa aku dpt nko.. memang aku cincang2 nko.. pijak2 perut ko sampai terburai isi perot... 

aku marah nihhh...


ni bukti kejahatan dia.. aku dah dlete sbb aku sakit hati bila nmpak bnda tue.. tak pasal2 blood pressure aku naik..

mesej yg sama ada dalam 12 msj.. sape yg tak sakit hati?? 

Monday, 1 March 2010

awas... keganjilan pada lelaki..


pernah dengar perkataan gynecomastia? gynecomastia atau  dengan nama lain pembesaran payudara pada lelaki. Pembesaran payudara pada lelaki terbahagi kepada dua, iaitu karena bertambahnya tisu kelenjar ( aku translate dari glandular tissue) payudara atau karena meningkatnya jumlah lemak di daerah dada. ginekomastia sebenar adalah kerana pertambahan tisu kelenjar. ginekomastia terjadi akibat dari ketidakseimbangan kadar hormon estrogen dan testostron dalam darah, dimana dalam ginekomastia ini kadar hormon estrogen relatif lebih tinggi jika dibandingkan dgn hormon testosteron.  peningkatan hormon estrogen inilah yang menyebabkan terjadinya pembesaran payudara. pembesaran boleh berlaku bilateral (dua2 belah) atau unilateral (sebelah sahaja).


Biasanya yang mengidap ginekomastia ini adalah  kanak2, terjadi akibat proses puberti.. antara gejala yang dikeluh kesahkan adalah sakit pada payudara dan timbul benjolan tepat dibawah puting (nipple).. ciri2 benjolan ini adalah; sakit (kadang2), mudah digerakkan (tidak statik), berbentuk cengkerang (cg aku ckp).. BIASANYA ini akan hilang sendiri tanpa pengubatan setelah 6 bulan hingga 2 tahun, jika terkena akibat proses puberti.. jika dia sudah melewati waktu puberti, ini yang harus dijaga-jaga.. jika ginekomastia ini tidak menghilang.. konsiderkan untuk melakukan pembedahan membuang benjolan ini setelah anak berumur 20-21 tahun iaitu setelah habis masa pertumbuhan. jika dalam tempoh tersebut ia makin membesar dibuang dgn serta merta tanpa menunggu tempoh masa tersebut.

jika ia berlaku pada org dewasa, kemungkinan ia adalah akibat dari penyakit2:
1. cirrhosis of the liver
2. testis cancer
3. suprarenal tumor
4. hypogonadism

antara obat-obatan yang dapat menyebabkan ginekomastia. Contohnya adalah spironolakton (diuretik), nifedifin, captopril, ketokonazol, metronidazol, ranitidin, simetidin, omeprazol, ubat HIV, diazepam, dll.

penyakit ini pada golongan dewasa mgkin kearah kosmetik  kerana pembesaran payudara seakan-akan wanita..


Pengubatan ginekomastia tergantung dari penyebabnya.  Jika kerana penyakit, maka penyakit yang menyebabkannya mesti diubati. Begitupun jika penyebabnya adalah ubat-ubatan, maka ubat yang menjadi biang ginekomastia harus dihentikan. Kadang-kadang, jika ginekomastia tidak hilang, dilakukan pengangkatan melalui pembedahan. 



 psstt: aku tak jumpa gambar lelaki yg kena penyakit nih.. korang imagin sendiri yer..