salams...
sebenarnya saya baru perasan last post adalah 5 tahun lepas.. dan kemaren post pertama setelah 5 tahun. 2012 tahun kebangkitan.. bangkit dari dunia menyendiri.. mula bergaul dan cuba selesaikan study.. berjaya habiskan praktikal sebagai doktor muda di RSSA pada 2014. walaupun keputusan tak cemerlang tapi cukuplaaa untuk keluar dari sana.
hari terakhir berada di malang,, gunung berapi merapi meletus, mengeluarkan asap tebal hingga penerbangan ke malaysia tertunda. tinggal di kawasan airport hampir seminggu sambil menunggu penerbangan kosong. akhirnya penantian berakhir sblm duit di tangan habis.. huuu
balik-balik rumah, rasa legaaaa sangat.. dah terbayang kt fikiran tak sabar nak mula kerja.. haihhhhh.. tapi tkpe sempat beraya bersama ahli keluarga tahun tu. lagipun dah tahu, kalau dah mula kerja cuti susah nak dapat. heee..
duduk rumah dalam 6 bulan mcm tu.. 25 ogos 2014 dah mula PTM kat H seri malaysia kangar. masa tu dapat housemanship dekat sungai petani.. ohh yaa... abah sangat sedih bila tahu dpt housemanship kt kedah. dia tanya kenapa anak org lain boleh dapat terengganu kenapa aku tak dapat.. tapi nak buat macam mana.. diorg bagi 3 tempat pilihan untuk housemanship.. aku tulis terengganu, kedah dgn kelantan kot.. lupa dah.. last2 dapat sungai petani.. masa tulis kedah tu dah terpikir nannti dekatlaa dgn buah hati.. senang nak kuar dating.. hahahhaa... tapi apakan daya.. dia duk jitra.. aku kt sg petani.. bleh tahan gak jauhnya.. ingatkan dekat jer.
dah alang2 dapat kedah, masa terpikirlaa nak kawin dgn dia. sbb dah selesa dgn dia. tapi duk lambat2 sampai setahun lps kerja sana barulahh dia nak terbukak hati nak kawen.. maybe ada pemaksaaan dkt situ jgk.. yerlaa umur dah tua tapi tak kawen2 lagi.. nnti kesian kalau ada anak bila dia membesar mak dan ayah dia tua dah sgt2.. nak tgk anak membesar dan berkejaya... lagipon untuk mengandung diatas umur 35 sangat berisiko.. so knp nak amik risiko.. btul tak
huuu
aku kawen masa umur 29 tahun.. masa tu 8 /8/2015. awal2 plan nak buat 1/8/2015 tapi takut masa tu tagging dkt orthopedik tak selesai.. so lajak lagi seminggu (8/8/2015). teng teng teng.... kawenlaa aku masa tu.. buat majlis kt homestay abah aku. sebab sana space luas sikit so senang nak kenduri. masa kenduri ni tak puas hati skit ngn mekap.. huaaaa.. lawa aku mekap lagi kot.. huhuhu.. tapi tkde laa buruk pon cuma tak kemas sangat. baju aku sangat suka. cntikkkk.. kenduri belah kedah buat seminggu slps tu.. ramai gila yang mai.. yang dari tertengganu datang 1 bas.. seronok tgk diorg datang bejalan sini..
lps kenduri hidup macam biasa.. husband kena ulang alik dari sg oetani ke alor setar.. kadang2 selang satu hari.. ataupon kalau aku kerja malam.. dia akan tido rumah mak.. mmg kesian tgk dia.. tapi nk buat mcm mn.. beter habiskan kt sini dari berpindah ke tempat lain.. tak sanggup nak kerja dkt HSB.. hospital paling sibuk di kedah kot.. huuu
bulan oktober 2015, aku tak perasan pregnant.. actually seminggu sblum tu dah check negative.. tapi ada sorang mo ni tanya aku.. aku ni preggy ke?? hmmm.. dah laa selalu masuk OT dan selalu kena xray radiation.. rasa tak sedap hati.. lagipon dah beberapa hari period macam tak betul.. tak tau bnda tu spotting sebenarnya.. ingatkan period.. haihhh.. rupanya pendarahan sbb baby tak berapa nak kuat lagi cek kt GP dia kata baby kecik lagi tapi dah nmpk kantung baby. lega sat.. tapi masa tu bodo lagi.. pi kerja mcm biasa.. bila dah keluar darah banyak baru takut.. pergi cek upt.. upt samar2 macam takde.. then balik rumah duduk senyap2.. sedih.. maybe dah gugur.. tapi bleeging still ada lagi.
plan hari tu hsuband tak balik sbb mlm tu aku kerja.. tetiba muncul plak dia ni paksa2 org pegi spital cek.. awal2 dia tk percaya aku pregnant.. huuu.. bila dah jadi macam ni baru risau.. tapi aku lega gak sbb dia ada balik.. kalau dia tak balik maybe aku takkan pergi sampai bila2 pon.. takut wehhhh.
cek scan.. tapi tak nampk dah kantung baby.. hmmm.. naik tingkat atas jumpa doktor lain unt scan lagi.. masa tu terkeluar kantung janin.. putih.. doktor scan perut balik.. nmpk ada sisa lagi dan kena cuci. masuk laa bilik operation plak lps tu.. esokkan kan tu kluar spital.. legaa. dapat cuti 2 minggu. masa ni berpantang dkt umah mak kt tunjang. di sebabkan dapat cuti lama. kitaorg plan nak pergi berjalan.. release stress
3 bulan lepas keguguran, plan untuk mengandung, alhamdullilah baby ok.. sekarang sangat sihat dan makin banyak akal dah. dah nk dapat adik plak bln depan insyaallah.. doa2 kan la yer.
No comments:
Post a Comment