Tuesday 27 July 2010

Perhatian: Untuk Wanita/gadis/Permepuan sahaja...18sx.






Catatan Pembuka
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Pengertian, Syarat dan Rukun Puasa

Apa itu Puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib Puasa
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir
Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Syarat Sah Puasa
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.
Sunat Berpuasa
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu
Hal yang membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam
Hari yang Disunatkan Berpuasa
  • Hari Senin dan Kamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
  • Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
  • Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Thursday 22 July 2010

sy gila..

sy bosan dan kije sy byk. tp sy malas nk buat.. tk pernah ade mood nk buat kije nih..

sy bukan org baik. sy slalu keciwakan org yg syg sy. wlpon sy tau diorg amik berat kt sy. tp sy ttp malas nk buat kije. tk pnh ade mood nk buat. sbb tue kije tue pending slama setahun. sy tau kamoo semua keciwa ngn sy.

to misz mas: sy rindu awak.. kalu awk masih ade.. awak mesti lagi keciwa ngn sy.

p/s: maybe i need psychiatrist..

Saturday 17 July 2010

rinduku padamu sahabatku...

salam...

awk.... awk.. awk... sy rindu kat awak... dah 9 bulan pemergian awak.. tp knapa diri awak masih terasa ada disini.. bayang wajah awak sering menerpa di ingatan sy... awak.. awak lah satu2nya teman baik saya.. yg mengerti saya. yg memahami sy.. dan yg sentiasa menemani sya dikala suka dan duka...

awak.. patutkah sy merasa sebegini?? rindukan awak.. awak nk tau tak. kami semua  rindukan awak.. sayang kami pada awak tk pernah ilang walaupon awak dah tkde disisi kami... walau awk tidak tampak di mata kami.. tapi awak sentiasa dekat dihati kami...

awak.. ingatkah awak kenangan2 kita?? sy bahagia bila mengenangnya.. hari2 yg dilalui bersama awak.. awak tetap ceria walau fisikmu tk mengizinkan...

awak.. sy mintak maaf.. sy ambil tajuk final assingment awak.. tapi sy tetap tk dapat laksanakan dgn baik.. sy runsing memikirkan masa depan.. sy tk dpt tumpukan perhatian saya.. saya lalai.. saya leka dgn semua yg tidak penting... sy mintak maaf.. mungkin sy tidak layak membuat final assignment awak.. patutkah sy meneruskannya/?? sy teramat ingin tuk meneruskan perjuangan awak.. tapi sya tidak mampu berdiri sendiri...

awak tau tak.. sy makin baik ngn kwan yg sy tidak suka.. bila sya teringat yg sy  pernah mengabaikan kawan sy.. dan waktu itu bila sy teringatkan awak.. saya tidak sanggup untuk melukakan hati kawan2 sy yg lain.. sy rindukan awak.. sy taknk melukakan hati kawan2 saya... kwn2 sy kawn2 awk jugak... merka rindukan awak.. mereka sayangkan awak...

awak.. jgn salah paham.. sy bukan tidak merelakan pemergian awak.. bukan.. sy redha dan rela awak pergi dulu seblum kami.. kerana kami percaya ALLAH swt sayangkan awk lebih dari kami.. awak kawan yg baik.. terbaik dari kawan2 yg pernah saya jumpa... dan ketahuilah awak adalah anak yg baik.. anak yg selalu menurut segala keinginan org tua..

awak... sy rindu awak.. tk salahkan merindukan teman sebaik awak... wassalam..

al-fatihah buat awak.. akan sentiasa sy sedekahkan buat awak sampai bila2...

Monday 5 July 2010

lelaki hensem vs lelaki tk hensem

Kalau lelaki hensem pendiam pompuan akan cakap : woow, misteriusnyer mamat ni...

Kalau lelaki x hensem pendiam pompuan akan cakap : mangkuk ni bisu ke hape...?


Kalau lelaki hensem berbuat jahat pompuan akan kata : aduh, jahat pun xpe, janji hensem…


Kalau lelaki x hensem berbuat jahat pompuan akan cakap : oi, dh la buruk… mak ko ajar ke buat keje2 cenggini?


Kalau lelaki hensem menolong pompuan yg diganggu, pompuan akan cakap : OMG, my knight in shining armor!


Kalau lelaki x hensem menolong pompuan yang diganggu, pompuan akan kata :

adoi, xde org lain ke nk tolong aku ni?

Kalau lelaki hensem dapat pompuan lawa pompuan akan kata : sukanyer I dpt bf hot…


Kalau lelaki x hensem dapat pompuan lawa pompuan akan kata : haha…padan muka minah tu! Msti mamat tu pak sanggup!


Kalau lelaki hensem ditinggal kekasih pompuan akan kata : u jgn la sedih yek… I still single…


Kalau lelaki x hensem ditinggal kekasih pompuan akan kata : Baik ko jadi gay je…


Kalau lelaki hensem penyayang binatang pompuan akan cakap : aaaa… sweetnyer mamat tu…


Kalau lelaki x hensem penyayang binatang pompuan akan cakap : tx de keje lain nak cabul menatang2 tu la tu…


Kalau lelaki hensem bawa BMW pompuan akan cakap: wow, mesti mak ayah dia org kaya…I like…


Kalau lelaki x hensem bawa BMW pompuan akan cakap : Kalau bukan duit tikam nombor ni, mesti dia curik keter tu…


Kalau lelaki hensem xnak bergambar pompuan akan cakap : Xpe, nanti I curik2 snap pic dia..Hihi...


Kalau lelaki x hensem tak mau bergambar pompuan akan kata : Hah..elok sgt la tu… nnti org ingat aku amik pic kat rumah pesakit2 kusta plak…


Kalau lelaki hensem menuang air ke gelas pompuan akan cakap : alaaa…comel…


Kalau lelaki x hensem menuang air ke gelas pompuan akan cakap :

pepandai je mamat ni… ni mesti dah taruk ubat tido ni…

Kalau lelaki hensem bersedih hati pompuan akan cakap: kesian mamat tu…jom kita pegi pujuk dia…


Kalau lelaki x hensem bersedih hati pompuan akan kata : mcm bapok!


Kalau lelaki hensem masak pompuan akan kata : wow, dependable betul la u ni…


Kalau lelaki x hensem masak pompuan akan cakap : confirm dia beli kat kedai nasik kandar tepi longkang tu.


Kalau lelaki hensem main2 miss call pompuan akan kata : aaaa…dia miscall i! dia minat kat I ke? Aww…


Kalau lelaki x hensem main2 miss call pompuan akan cakap : kambing gurun betul... aku maki karang mamat ni…


Kalau lelaki hensem hantar2 email pompuan akan kata : dh la hensem, terer IT plak tu..


Kalau lelaki x hensem hantar2 email pompuan akan cakap : xde keje lain la tu… abis je antar emel kat aku, mesti pegi website bende bukan2… ceehhh…

Sunday 4 July 2010

perempuan cantik vs perempuan tak cantik




Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

hiburan semata.....