Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sia..
Apa guna jadi LELAKI KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak..
Apa guna jadi PEREMPUAN CANTIK, kalau Pukul 12 tghari pun tak celik-celik..
Apa guna UMUR PANJANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukang..
Apa guna HARTA MELIMPAH kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun susah..
Apa guna BELAJAR tinggi2 kalau ibu bapa pun x dihormati..
Apa guna PANGKAT BESAR kalau kubur dah dekat pun masih tak sedar..
Apa guna ALLAH BAGI HIDAYAH, kalau nak solat pun sikit punya payah..
Apa guna BDIRI LAMA bjam2, tapi x mampu berdiri selama 5 minit solat kpd Allah..
Apa guna ANGKAT BERAT berkilo2, tapi x mampu angkat kelopak mata yg x sampai 50 gram dan selimut x sampai 1 kilo utk bangun solat subuh..
Apa guna BJALAN & BLARI bpuluh kilometer, tapi bila azan x mampu dtg ke masjid utk bsolat jemaah..
Saturday, 20 August 2011
apa gunanya … kalau…
Friday, 19 August 2011
nampaknya ia hanya menjadi angan2… penyesalan yg tiada gunanya…
kecewanya rasa.. tp tkleh nk lebih2.. itupon dah lebih2 dah.. huu biarlah.. klau dah rasa diri tu market tinggi.. do lah wat ever u want.. macam2 boleh jadi kan? semua tue silap sy kot. lmbt sgt selesaikan kulliah. n mybe u never llove me.. just kesiankan I jer. huuu… terima jer laa.. diri sy nie mmg tk market.. semua huduh. perangai lagi huduh.. hanya mintak dibunuh jer.. org len pon tk sanggup tgk sy kt dunia nih..
wahai diri.. just let it go… u will be better person by urself without him.. n u will hv better relationship with HIM..
masyaallah…astarfirullahalazim…ya Allah.. ampunkanlah hambamu ini.. jgn menarik semua pemberian-Mu pdku.
cukuplah aku mencoreng arang dimuka ku dan keluargaku.. jgnlah dibuka semua aibku dan jagalah hubunganku dgn keluargaku…
Saturday, 13 August 2011
tersembunyi
terasa mcm ada sesuatu yg disembunyikan… hmmm.. tkpelaa.. redha jer laa.. tkde hak nk halang semua tu terjadi.. tp aku rasa mcm melampau plak bila buat cmtu.. hmmm.. sorry laaa.. nnti tambah jer laa jadi rakan balik… tinggal tekan jerr…
mode arini runsing pikir hal org.. hal sendiri lgi bertambah pening… adekah melakukan perjumpaan dgn psychologist dpt mmbantu aku? tk tau nk cerita masalah dlm diri ngn sape.. semua tkde sifat mcm dia.. yg selalu dengarkn sy dan beri pendapat dn pndangan yg membina tnpa memerli dan memarahi sy… depressss
Wednesday, 10 August 2011
akhirnyaaa saya balik raya....
biarkan semua asalkan balik nnti raya.. bleh makan byk2.. tk kira meriah ker tk meriah ker.. tetapppp nk gi carik makanan.. ni first time raya tanpa mak dan first time raya dgn kakak ipar baru... bila laa plak nk dpt anak sedara baru yer??? huuuu..
pssstttt... slamat ari raya.. tahun nie leh balikkk... yeaa!!!.. ohh tq abah support tiket raya separuh.. syg abah.. muahhh.. muahhh.. muahhh... melekat abes lipstik.. kehkehkeh
Sunday, 7 August 2011
sy nak balik raya T_T
korang2 kalu sy nk balik raya buleh?? tapi… sy mcm tk nak balik jugak… mcm mn nie??? keliru. celaru…
klau balik raya
positive:
leh jumpa family
leh jumpa org tu jugak
leh mkn sedap2
negative:
hmm… malu nk berhadapan ngn family.. looser mcm sy tk patut balik bergembira..
nnti sy jadi org yg kuat bohong
malu, segan, rasa bersalah
perrabihkan duit jer . tiket mahal
kena rush buat erp ngn kittas
stress bila org tnya psl study
klau tk balik raya
positive:
terselamat dari berbohong kat rmai org
tk abiskan duit.. walaupon duk sini pon duit still jln.. kna jimat2 lagi.. huu
tk rasa malu berhadapan ngn org len.. leh berkurung jer lam bilik nih.
tk yh pikir pasal nk wat erp ngn kittas
leh teman kawan2 yg tk balik raya.. sian kt diorg..
tiket ada tgh promo 23 august.
negative:
sedih.. stress(tp klu balik pon stress jugak)
mkn tk sedap sgt.. tkde kuih raya.
nnti org ckp aneh2 bila tk balik.. bukan wat apa pon kt sini
tkleh beraya ngn family
rasa bersalah kt family sbb tk balik raya
tk tau lagi bila promo tiket balik
so mcm mn?? nak balik ker tk??? tiket paling murah yg sy tgk td 23 august 2011.. tarikh paling lmbt.
makin lama makin mahal tiket.. tp abah kisah ker kalu sy balik ngn tiket mahal2.. kalu sy.. sy mmg kisah klu pkai duit sy sendiri.. sbb duit tue sy buleh pkai tuk makan kat sini.. hahhhhh…
Friday, 5 August 2011
Produk Ramadan : Doktor Bermental Syariah (Khas Buat Doktor, Pelajar Perubatan, Jururawat dan Pesakit)– dan perbuatan yang tidak membatalkan puasa
" Tadi ibu tertelan tidak ubatnya?" tanya si doktor.
" Tidak. " balas si ibu.
" Terpulang pada ibu sama ada mahu berpuasa lagi atau tidak." balas si doktor pemeriksa.
Begitulah sedikit senario yang dihadapi apabila seorang doktor bertemu dengan seorang pesakit. Senario di atas adalah suatu kisah nyata pada waktu untuk melakukan pemeriksaan endoskopi (sejenis pemeriksaan memasukkan salur getah berkamera untuk melihat kelainan di saluran pernafasan dan makanan).
Si ibu pada kes di atas terlekat tulang ikan ketika makan berbuka puasa. Sakit sewaktu menelan dan alhasil datang mengeluhkan masalahnya di Ear, Nose , Throat Department (ENT).
Saya memerhatikan prosedur mengeluarkan corpus alienum (benda asing) dari tenggorokan si ibu.
Fiqh Perubatan
Tidak semua orang mengetahui bahawa prosedur invasif seperti mengeluarkan benda asing( tulang ikan pada kes di atas), membersihkan sumbatan cerumen (tahi telinga), TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
Fekah perubatan kontemporari menjelaskan bahawa banyak prosedur medis seperti contoh di atas tidak membatalkan puasa.
Di sini senarai tindakan medis yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.
2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.
3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.
4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)
5) Berbekam.
6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.
7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.
8) Menghidu bau-bauan.
9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.
10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).
11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.
12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).
13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .
15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
17) Pendermaan darah atau menerima darah.
18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
20) Ambil darah untuk ujian makmal.
21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)
22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.
25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).
26) Ubat asthma (inhaler).
27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).
28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis
30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Rujukan:
- Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
- At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
- Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir
Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/