Friday, 19 March 2010

kelemumur menggangu anda??

Assalamualaikum.. 


Hari nie qis nak share pasal kelemumur sebab qis rasa bnda nie byak terjadi kat kita2. so enjoy jer laa baca ulasan qis pasal kelemumur dan ada kat bawah jenis 2 syampu yang boleh korang guna untuk mengatasi kelemumur ini.




bagi qis, semua org ada kelemumur ni sebab kelemumur atau dandruff adalah sel kulit kepala yang mati dan kering menggelupas. bezanya ada sesetengah orang yang penggelupasannya sedikit dan ada yang mengalami penngelupasan secara berlebihan. yang secara berlebihan ini yg bermasalah kepada kita.  secara fisiologis atau secara alaminya sel kulit kepala yang normal diperbaharui setiap 28 hari dan bagi masalah kelemumur ini, sel kulit kepalanya tumbuh dengan lebih cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Disini perlu diingatkan juga kalau kulit kepala kita ada pertumbuhan kulat yang berlebihan, pembetukan kelemumur akan bertambah berat.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya kelemumur ni. Antaranya adalah :

  • malas atau jarang bersyampu dan membilas rambut tidak sempurna terutama setelah pakai konditioner.
  • menggunakan  penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • menggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • pengeluaran minyak pada kulit kepala yang berlebihan
  • Perubahan hormon (yang nie qis tak sure hormon apa jer yg terlibat)
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah. (biasanya penderita HIV secara fisikal dikenali dgn byknya kelemumur di kepala dan bertatoo di bdnnya--> kes paling byk di tmpat qis)

Sekarang kita mengenal apa saja yang terjadi bila kepala kita berkelemumur. Antara gejala yang biasa terlihat adalah kulit kepala gatal dan menggelupas, dan terdapat  kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu dan pakaian.

Bagaimana untuk merawat kelemumur ni? seperti kalian tahu dan biasa kalian buat adalah apakai syampu anti kelemumur, berjaya atau tidak ia tergantung penyebab kelemumur itu. . Jom kita terjah, apa saja kandungan syampu anti kelemumur ni dan fungsi-funsi bahan kimia yang ada.


Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Banyakkan jenis2 syampu anti kelemumur? yang penting adalah kandungan syampu yang bleh membanteras kelemumur kita kerana yang perlu kita lakukan adalah mengubati sesuai dengan penyebabnya.. takkan kalau kita sakit jantung, ubat gastrik yang ditelan. eheehe
jadi, bila beli syampu ushar2laa dkat isikandungan dia.. lihat bahan apa jer yang terkandung.. jangan asal tgk jenama dan iklan2 kat media.ok?

Bak kata lecturer qis. mencegah lebih baik dari mengubati. so, macam mana kita nak mencegah berlakunya kelemumur ini.

  • Syampu rambut  dengan kerap sekiranya kulit kepala berminyak. so pilih la syampu yang boleh dipakai lebih kerap.
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Seperti yang kita tahu, kelemumur ini terjadia kibat dari penggelupasan kulit secara abnormal, sekarang kita kenal pasti apa saja yang menyebabkan penggelupasan kulit kepala ini.



kalau nak tahu lebih lanjut ble google sendiri.. ehehee.. tak2.. boleh laa tnya qis. nnti qis cari jawapan dan bagi korang jawapan dari pertanyaan korang. k..

Saturday, 13 March 2010

Selagi Bergelar Manusia

gambar hiasan


Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan

Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur

Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka

Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga

Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta



Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Friday, 12 March 2010

sorry guys

aku busy sejak akhir2 nie.. so tkleh nk update sgt.. byk bnda nk kongsi.. tp aku pnding dulu yer..

Friday, 5 March 2010

[personal] LOVE YOU




just nak bagi tau kat korang yang aku tgh homesick........ uwaaaaaaaa.. mak org rindu kat mak.. nak balikkk..

sedih tau mak tak jadi datang sini.. macam2 dah plan yg dibuat termasuklah makanan hari2, tempat2 best pi jalan2 dan tido bawah ketiak mak.. ehehee.. rindu.. rindu.. rindu..

smoga mak makin sihat yer. jgn degil sangat. ikut cakap abang ngan abah. okies? kali nie mak tak jadi datang takpe, nanti org grad kena datang tau.. nanti ble bawak pi jalan2.. kita pi bromo.. hehe best tue. ble tgk keliling kawah gunung brapi..

xoxo

Thursday, 4 March 2010

tips nak hilangkan ingatan macam orang amnesia


hilangkan ingatan best ker? hilang ingatan atau amnesia macam mana boleh terjadi? bolehkah kita suka suki nak hilangkan ingatan? kalau boleh, aku pon nak.. ehehe

amnesia adalah suatu keadaan di mana memori terganggu atau hilang. Punca amnesia dibahagikan kepada "organik" atau "fungsional".
  • Penyebab organik merangkumi kerosakan otak, melalui kecederaan fizikal, penyakit saraf atau kegunaan tertentu (umumnya ubat penenang) ubat-ubatan.
  • penyebab fungsional --> psikologi faktor, seperti gangguan mental, post-traumatic stress atau mekanisme pertahanan.
  • Amnesia yg muncul secara spontan --> dalam kes transient global amnesia.
jenis amnesia:
  • anterograde amnesia:  tidak berkemampuan untuk mengingat hal-hal baru. Seseorang mungkin akan menemukan diri mereka terus-menerus lupa maklumat, orang atau peristiwa selepas beberapa saat atau minit, kerana data yang ditransfer tidak berjaya dihantar dari conscious short term memory  menjadi permanent long term memory (and vise versa).
  • retrograde amnesia: seseorang yang tidak berkemampuan mengingat kenangan lama. mereka mungkin mengingati hal-hal baru yang terjadi setelah munculnya amnesia (tidak seperti di anterograde amnesia), tetapi tidak boleh mengingati sebahagian atau seluruh hidup atau identiti mereka sebelumnya.
dari jenis2 kat atas tue.. aku rela kena retrograde amnesia.. nak lupakan kenangn dulu.. tak mao ingat.. nak jadi org yg baru, bermula dari kosong.. ehhee.. tadi aku search laa pasal cara2 nk hilangkan ingatan dan aku jumpa nih.. ehheeh

soalan: 





jawapan orang takde akal:

 heheeee, kalau hardisk leh ar format...
kalau ingatan dalam kepala nih,...mmg ar susah.Kalau raser nak cabut kepala tuh...cabut ar...,cuci...

jawapan yg sesuai digunakan oleh manusia:   

Weh perkara yang sayerr buat ..ingat kat Allah .... lebih sayerr ingat kat Allah ..lebih cepat sayerr luperkan hal yang dah berlaku ... itu sayerr ler kalau dah frust tertonggeng ke aper ker ... lagi pun asam garam kehidupan ni, ajar kita jadi tabah ...kena positif hadapi hidup... 

jawapan:  jawapan yg boleh digunakan oleh para robot. 



Tuesday, 2 March 2010

aku marah... BETUL-BETUL NIH...

aku hangin pepagi buta nih.. geram.. sakit hati... ape yg aku kat ngko ha?? kalu nk berspam pon.. jgn laa sampai 12 msj yg sama ko hantar.. tak penuh aku pnya cbox tue.. kalu laa aku dpt nko.. memang aku cincang2 nko.. pijak2 perut ko sampai terburai isi perot... 

aku marah nihhh...


ni bukti kejahatan dia.. aku dah dlete sbb aku sakit hati bila nmpak bnda tue.. tak pasal2 blood pressure aku naik..

mesej yg sama ada dalam 12 msj.. sape yg tak sakit hati?? 

Monday, 1 March 2010

awas... keganjilan pada lelaki..


pernah dengar perkataan gynecomastia? gynecomastia atau  dengan nama lain pembesaran payudara pada lelaki. Pembesaran payudara pada lelaki terbahagi kepada dua, iaitu karena bertambahnya tisu kelenjar ( aku translate dari glandular tissue) payudara atau karena meningkatnya jumlah lemak di daerah dada. ginekomastia sebenar adalah kerana pertambahan tisu kelenjar. ginekomastia terjadi akibat dari ketidakseimbangan kadar hormon estrogen dan testostron dalam darah, dimana dalam ginekomastia ini kadar hormon estrogen relatif lebih tinggi jika dibandingkan dgn hormon testosteron.  peningkatan hormon estrogen inilah yang menyebabkan terjadinya pembesaran payudara. pembesaran boleh berlaku bilateral (dua2 belah) atau unilateral (sebelah sahaja).


Biasanya yang mengidap ginekomastia ini adalah  kanak2, terjadi akibat proses puberti.. antara gejala yang dikeluh kesahkan adalah sakit pada payudara dan timbul benjolan tepat dibawah puting (nipple).. ciri2 benjolan ini adalah; sakit (kadang2), mudah digerakkan (tidak statik), berbentuk cengkerang (cg aku ckp).. BIASANYA ini akan hilang sendiri tanpa pengubatan setelah 6 bulan hingga 2 tahun, jika terkena akibat proses puberti.. jika dia sudah melewati waktu puberti, ini yang harus dijaga-jaga.. jika ginekomastia ini tidak menghilang.. konsiderkan untuk melakukan pembedahan membuang benjolan ini setelah anak berumur 20-21 tahun iaitu setelah habis masa pertumbuhan. jika dalam tempoh tersebut ia makin membesar dibuang dgn serta merta tanpa menunggu tempoh masa tersebut.

jika ia berlaku pada org dewasa, kemungkinan ia adalah akibat dari penyakit2:
1. cirrhosis of the liver
2. testis cancer
3. suprarenal tumor
4. hypogonadism

antara obat-obatan yang dapat menyebabkan ginekomastia. Contohnya adalah spironolakton (diuretik), nifedifin, captopril, ketokonazol, metronidazol, ranitidin, simetidin, omeprazol, ubat HIV, diazepam, dll.

penyakit ini pada golongan dewasa mgkin kearah kosmetik  kerana pembesaran payudara seakan-akan wanita..


Pengubatan ginekomastia tergantung dari penyebabnya.  Jika kerana penyakit, maka penyakit yang menyebabkannya mesti diubati. Begitupun jika penyebabnya adalah ubat-ubatan, maka ubat yang menjadi biang ginekomastia harus dihentikan. Kadang-kadang, jika ginekomastia tidak hilang, dilakukan pengangkatan melalui pembedahan. 



 psstt: aku tak jumpa gambar lelaki yg kena penyakit nih.. korang imagin sendiri yer.. 

Saturday, 27 February 2010

tag dari nor gadis

- SOALAN --

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now.. nah kat bwh nie.. simple dimple




2) Tell us why you like the wallpaper ~  simple.. tak suka serabut2.. bnda kat tengah tue jadual kelas aku.. tapi yg tue tk termasuk clerk-ship lagi.. eheh



semua  tool bar tepi dan rocket dock tue aku auto hide kan.. jadi bnda2 tue tk nmpk dpn mata aku


icon kt desktop tue biasanya tkde.. tapi disebabkan kemalasan aku.. aku campak jer kat situ.. kalu tk kosong jer


gediks pi crite kat korang. eheee.. soalan tk tnya pon sbb apa ltk bnda2 tue semua.. ehee

3. kena tag 10 org plak... haishhh.. sape ek???


korg nk letak.. letak laa yer.. ni first time aku kena tag, jd tk tau nk tag sape... 


 tnx   nor gadis

Thursday, 25 February 2010

sepi

dah lama aku biarkan blog nie.. gara- gara masalah yang tak penting,

sudah.. sudah... jgn duk ingat2 lagi.. u can do it..

buat final asignment tue.. asik duk pk ke laki jer.. huh..

maafkan aku yer cik blog.. aku dah lupakan kau.. aku abaikan ko.. tapi aku terpaksa cool-kan diri aku dulu.. baru ble wat entry lagi.. ok..


aku dah tgk jadual clerk-ship aku.. start 15 march sampai 22 mei.. start dgn lab pediatric... permulaan sebagai seorg doktor.. huhuhu.. cam poyo jer.. tak sangka aku dah last year.. tapi ilmu tak berapa nk lekat je lagi.. huhu.. baca molek deh, blajor sungguh2 skit.. dop soh laa nk mikir ke org lain hok dop penting.. yer dop?? huhu

nak cari bahan nk tulis blog.. nk tulis pasal medik gak.. walaupon korg bukan suka sangat.. tapi nie tuk diri aku jugak.. untuk tingkatkan ilmu kat aku.. sbb bnda2 yg aku tulis nie boleh buat aku ingat.. sbb kadang2 aku cari sendiri dan aku tulis snediri buat aku ingat..

psstt: ada kaitan tk tajuk ngn isi n3 nih? ahahaaa

Monday, 22 February 2010

[personal] hati makin lega..



Insyaallah.. perkara yang aku buat ini adalah yang terbaik.. demi kebahagian manusia selain aku.. 


maafkanku jika aku membuatmu terganggu.. dan aku maafkanmu atas semua perlakuanmu padaku.. dan aku sgt bersyukur atas maklumat yg diperoleh sbntar tadi.. terima kasih kepada hamba Allah itu yg sudi memberi sedikit sbanyak jawapan dari semua persoalan dari hatiku ini.. 


wassalam..


insyaallah aku akan melupakan segalanya tentangmu.. dan ketahuilah... aku tidak mahu dimadu.. walaupon madu itu manis tapi teramat pahit bila ditelan.. 




sorry.. sejak akhir2 nie.. hidup agak bercelaru.. *~*~* semester baru, azam baru, dan kehidupan yg baru...

Sunday, 21 February 2010

[personal]AMARAN!!!!

AMARAN!!!




saya dapat merasakn diri saya telah SAIKO.. 




sila jauhi saya.. arggggg....






Saturday, 20 February 2010

Mulut berbau


euwww... mulut u bau laaa... pernah tak korang dapat penghinaan seperti ini?? eheee.. mulut berbau, korang malu tak bila mulut korang berbau? atau yang lebih parah, korang tak tau pon mulut korang berbau 'uwekkk' dan hanya disedari dari perlakuan teman bercakap kita? eheheee.. dalam terma kesihatan ia dipanggil sebagai halitosis..

masalah bau mulut bukan jer babitkan kita yang mulut busuk tapi orang2 yang diajak bercakap. pasti diorang seakan mau termuntah.. (muntah ijau)
jom kita kenali tanda-tanda yang mulut korang berbau..
  • korang sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila korang bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • ada taik gigi kaler kuning.. dan lidah kotor

 pencegahan --> menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan  flos gigi setiap hari  membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

3) Penggunaan herba

 mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan 

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Wednesday, 17 February 2010

FOLLOWER KE- 100

Ok.. aku nak crite pasal follower ke-100 aku.. sbnrye tak tau nak buat entry ape.. so aku kenalkan kat korg follower aku nie... yang paling aku tak tahan adelah... 


''

''

''

''
''

''
''

''


''
bagus2.. aku tak yah susah carik2 sape laa org nyer..


lepas je aku nmpak nih.. aku terus pi ushar blog naem nih... perggg... awal2 dah dijamu dgn header blog yg lip lap lip lap...

takkan aku nk letak yg lip lap plak kan... 


blog yang banyak maklumat.. aku sendiri tertarik.. terutama yg berkaitan dgn  wanita, kesihatan, dn mcm2 lagi ler.. blog ni blog baaaeeekkkk punya..  silakan terjah sendiri yer..

aku suka post dia yg nih ... pasal bahaya air yg ditinggal dalam kereta dalam jangka waktu yg lama... 



pe lagi.. silakan laa terjah beliau yer.. AQ NAIM


Psssttt: tnx korang yang sudi follow aku... korang menaikkan semangat aku tuk berblogging.. tnx banyak2.. dulu Aus pernah review blog aku sbb aku gatal tangan nk jadi follower ke -100 dia.. so.. aku ikut  jejak dia tuk follower ke -100 aku.. ble kan Aus?? eheee jom terjah Aus  jugak     

Monday, 15 February 2010

[personal] Jiwa Kacau



jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..jiwa kacau..

Saturday, 13 February 2010

aku malas..

Ya Allah.. knapa laa aku nie malas sangat??? update entry pon malas.. apetah lagi siapkan final assignment.. sigh!!!!!... qis.. rerajinkanlah dirimu...

aku ade something nak update entry kali nie.. tapi aku malas nk taip.. mata tgh ngantuk.. dari pagi tadi lagi duk cari bahan...

antara yg menarik minat  sepanjang aku mencari cerita adalah
- kes buang anak.. mayat bayi diurungi semut merah.. sian gler aku tgk bayi tue.. mak bapak takde otak.. baik otak udang agi dari otak diorg tue..

- pesakit kanser payudara stage akhir lebih rela mati dari dibuang payudaranya.. kerana bimbang suami cari perempuan lain... nie aku tak paham.. mmg laa payudara tue bagi wanita adalah sebagian dari kosmetik.. tapi kalu dah menggelembung, bengkak sana sini.. best ke suami duk main bnda tye.. nk sentuh mgkin dah ngeri.. hidup pon tak lama.. hidup harus diteruskan walaopon pahit.. ble ke??? nie terpulang kat laki diorang laa.. so.. cari laa suami yg ble trima kita seadanya..

salah satu contoh breast cancer

Monday, 8 February 2010

HATI-HATI- pls wash before wear!! --> edited.. jgn biarkan undergarment tak dibasuh.. then pkai lagi.. euww

salam... hari nie n3 geli.. meremang bulu roma tengok.. sblum nie aku dah jumpa bnda nie tapi pic yg diedit.. kali nie aku bagi yg video punya..

jadi nie peringatan dkat perempuan sahaja.. dan pondan2 yg memakai bra.. eheee.. basuh bra @ pakaian dalam anda sebelum dipakai sebab kita belum tahu apa yang melekat dkt situ.. dan bila cuci tu pakai laa air panas yang mendidih.. biar mampuss semua mahkluk2 asing tersebut..






psstttt: tnx to touya..  ehee.. tadi pi  search pasal bnda nie.. dan jumpa ia sebagai rumor semata.. dulu pernah tgk paasl bnda nie.. tapi tk baca detail.. carik2 punya carik.. ia hnya case report yang berlaku di nigeria yang mana ianya adalah unofficial dan hnya ada 2 case nie saja yang berlaku iaitu pada susan mckinley dan makcik dari afrika.. takde case lain yg disebutkan.. [link].. 

tapi.. nk bagi pesan gak.. ini mungkin terjadi betul2.. sbb ia adalah myasis.. dan menurut case report nie.. ia dari tumbu fly..  dan kemungkinan jugak boleh dilakukan oleh mana2 serangga @ fly dan kawan-kawan... nnti kalu de masa sy crite sikit pasal myasis... nk cari kat tenet pon banyak...  ehee.. 


aku nk betulkan skit.. tak mungkin terjadi kat bra baru yg tak basuh.. kecuali laa bra tue berasal kat negara2 cam nigeria yg byk kes myasis..  dalam case report nie.. makcik  nie pi basuh bra dia berdekatan dgn semak samun.. dan daerah yg dia duduk tue adalah endemik tumbu fly.. 


bagi sy laa.. kat malaysia tkde nyer kes mcm nie.. huhu.. so tk yh nk risau2..


jgn risau.. gambar nie fake. [link]. ok..  dah laa  gebu dia nyer... yang nie dikatakan milik susan mckinley 


Monday, 1 February 2010

Tahukah anda...?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 

4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin. 

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot) 

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. 

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. 

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Friday, 29 January 2010

blogger we care { Ammar }



Blogger we care sekali lagi peduli akan nasib seorang anak berusia 2 tahun, Ammar. Ammar mengidap penyakit jantung kongenital iaitu abnormaliti aliran darah besar pada jantung. pada normalnya pada fetus (bayi yang masih dalam kandungan), terdapat jalan penghubung antara dua pembuluh darah besar ini yang mana akan menutup dengan sendirinya setelah lahir iaitu setelah sistem pernafasan (paru-paru) berfungsi(setelah tali pusat bayi dipotong). pada Ammar, penghubung antara dua salur darah ini tidak menutup dan akibatnya terjadi percampuran antara darah yang teroksigenasi dan tidak teroxigenasi(deoxigenated). percampuran antara kedua darah ini akan menyebabkan kurangnya oksigen dalam darah untuk dibawa ke seluruh badan.







kekuatan semangat adik Ammar patut kita contohi.. lihatlah betapa kuatnya dia melawan penyakit ini sejak dari lahir, keluar masuk hospital dan mungkin hospital telah menjadi rumah keduanya..

sama2 lah kita membantu adik Ammar kita..  we are caring bloggers..

link to the Ammar's family  

this blogger we care conducted by hydir.. u can join FB blogger we care