Monday 1 February 2010

Tahukah anda...?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 

4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin. 

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot) 

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. 

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. 

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

20 comments:

Abam Kie said...

salam,

saya dah tahu semuanya apabila membaca entry u ni. bertambahlah ilmu di dada.

ami auni n auji said...

ehehee... yer makin bertambah ilmu.. ahahahaa... santaiii.. kepala tengah pening.. tak tau dah nak buat apa.. jumpa bnda nie dan post.. mcm kelakar jer post nih...

pak long said...

salam buat qis,,,
banyak dah tahu kat sini...tq

ami auni n auji said...

ahahhaaa... wat2 laa tak tahu.. huhuhu..

Aus MeLankoLik said...

ahahaha..
oi..mane kau dpt mende ni..hahak..
tekekek - kekek aku bace..
haha..

Unknown said...

suke post ni! nice2..hehe.
len kali leh lak letak teka teki ke,best gak. =)

ami auni n auji said...

@ aus: ahahaaa... kawan skolah aku post kat fb.. aku curik jer.. sbb ia wat aku gelak time aku tgh stress.. huaahuahahuaaahahhaa..

ami auni n auji said...

@amad: ok gak tue idea.. eheee...

Anonymous said...

Pernah baca nie , kat mana erk ?

1tomyam said...

yang no 15 tu paling best...hehehe

ami auni n auji said...

touya: aku amik dkt kwn akunyer post kat fb alumni skolah.. huhuhu..

1tomyam: mmg best.. bagi insap skit..

ariff said...

paparazi.
ya. aku adalah paparazi walaupun aku takde anak nama razi

deus X machina said...

tahukah anda saya sedang gelak kaw-kaw bila membaca entri ini
erk888

Anonymous said...

tk tahu.. tp, dh tau biler bace entry ney.. hehehe..

*yg last tu best.. terbaik yea.. :D

hans said...

saya tahu lepas baca apa yg saya tak tahu tadi
hehehe

jangan lupa vote entry no 19 dekat http://denaihati.com/hidup-berani-untuk-gagal-apa-entri-pilihan-anda

promote pada rakan2 anda yang lain yer. Thanks.

ami auni n auji said...

ahahaaa... bini nm razzi pon ble..

ami auni n auji said...

erk888: silakn gelk puas2.. hahaaha

maisara: sy pon suka yg last tuh..

hans: aku dah vote ko.. tp tk tau trima ker tk.. sbb aku slh tekan no org lain.. huhuhu

Ur Other Half said...

saye lebih bertambah tau apabila membace stiap ilmu yg diberi..tq 4 sharing..:) yehaa..!!

ami auni n auji said...

ahahaa... ade jugak yg dapat ilmu kat sini yer.. eheee

Qismina said...

ahahaaa... bini nm razzi pon ble..