Showing posts with label medical. Show all posts
Showing posts with label medical. Show all posts

Sunday, 13 November 2011

tragedi november

salam.. setelah sekian lama menyepi tanpa satu pon entry kali nie sy masih dalam trauma akibat tragedi yang telah terjadi pada teman seperjuangan sy di indonesia. sedih, pilu ,takut, dan paranoid bercampur baur menjadi satu dalam diri sy sekarang dan saya percaya bukan saya seorg saja yang merasakannya teman2 sy dan adik2 sy disini semua merasakannya.

buat keluarga dan teman rapat adik andrian jay pereira, semoga kalian tabah menghadapinya.. semoga pemjenayah itu segera ditangkap dan dihukum setimpalnya.. to late andrian housemate, akak tahu kalian berdua paling merasakannya.. tabahkan hati, kuatkan diri, teruskan perjuangan walau bukan di sini lagi.. akak tahu mmg berat mengahdapinya.. walaupon kita tk sama agamanya tapi kita berasal dari tempat yg sama.. me malaysian.. we are the one here.. we are family..

 

love, nufa

Friday, 5 August 2011

Produk Ramadan : Doktor Bermental Syariah (Khas Buat Doktor, Pelajar Perubatan, Jururawat dan Pesakit)– dan perbuatan yang tidak membatalkan puasa

" Tadi ibu tertelan tidak ubatnya?" tanya si doktor.

" Tidak. " balas si ibu.

" Terpulang pada ibu sama ada mahu berpuasa lagi atau tidak." balas si doktor pemeriksa.

Begitulah sedikit senario yang dihadapi apabila seorang doktor bertemu dengan seorang pesakit. Senario di atas adalah suatu kisah nyata pada waktu untuk melakukan pemeriksaan endoskopi (sejenis pemeriksaan memasukkan salur getah berkamera untuk melihat kelainan di saluran pernafasan dan makanan).

Si ibu pada kes di atas terlekat tulang ikan ketika makan berbuka puasa. Sakit sewaktu menelan dan alhasil datang mengeluhkan masalahnya di Ear, Nose , Throat Department (ENT).

Saya memerhatikan prosedur mengeluarkan corpus alienum (benda asing) dari tenggorokan si ibu.

Fiqh Perubatan

Tidak semua orang mengetahui bahawa prosedur invasif seperti mengeluarkan benda asing( tulang ikan pada kes di atas), membersihkan sumbatan cerumen (tahi telinga), TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Fekah perubatan kontemporari menjelaskan bahawa banyak prosedur medis seperti contoh di atas tidak membatalkan puasa.

Di sini senarai tindakan medis yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

Rujukan:

  • Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
  • Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/

Sunday, 19 June 2011

[Kesihatan] Chikungunya penyakit bawaan nyamuk


Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala

Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi.

Rawatan

Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera

Pencegahan

Tip-tip semasa mengembara/bersiar
  • Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk

Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan.

Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

klik untuk bacaan tmbahan

Fakta Penyakit Chikungunya

Thursday, 25 November 2010

contact lens hampir membuat sy jadi buta


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nufa ada kisah nk diceritakan. Semalam nufa pakai kontek lens. Nufa pkai sampai malam.  Nak dijadikan ceritanya, Nufa tertido pkai kontek lens ni. Sedar2 jer dah pukul 3 pagi. Huh… celik ja mata nufa Nampak kabur.. sekabur2nya macam ada tabir yg menghalang mata… lepas terpengongh dua hingga tiga saat, nufa baru sedar yg nufa tk buka lagi kontek lens yg nufa paki semalam… kelam kabut nufa cari air solution.. nk bagi mata basah sikit dgn harapan bila buka kontek lens mata dah jadi ok. Tapi tu semua harapan palsu..  pandangan nufa masih kabur lagi… taka da perubahan.. nufa cek mata dekat cermin… macam bengkak. Nufa jadi takut. Dengan serta merta cerita-cerita pasal bahaya kontek lens menerpa satu-satu. Nufa betul2 takut time tue, nufa takut jadi buta.. dan waktu tu jugak nufa nangis.. senangis2nyaa… yerlaaa.. nufa terpikirkan masa depan nufa, cita2 nufa.. nufa tk nk itu semua terkubur begitu saja… nufa cek bola mata.. nufa tekan bola mata nufa.. dan nufa dapat rasakan perbezaan.. bola mata seakan kerass… nufa lagi takut. Nufa dah betul2 takut.. takut kornea rosak sebab kekeringan.. nufa amik air solution tu. Nufa basahkan mata.. dgn harapan mata jagik lembap balik.. huhu.

Setengah jam nufa buat camtu.. ujung2, nufa buka laptop. Nufa google pasal bahana lensa kontak. Page yg dijumpai berasal dari Indonesia.. dia ada cerita beberapa kesan yg boleh terjadi akibat dari kontek lens. Ni link dia..
 
Semua simptom2 atau gejala yg dia sebutkan semua ada.. semua nya dialami nufa masa tu.. yg nufa alami akibat dari bertambahnya cairan dalam stroma (sel penghubung pada kelenjar pada bola mata)dan kekurangan oksigen pada kornea hingga menyebabkan edema pada kornea. nufa mengalami EDEMA KORNEA (KORNEA BENGKAK).. huhu

Yg melegakan hati nufa adalah.. dia boleh membaik setelah 3 jam (efek ringan) dan boleh juga membaik dalam masa seminggu (jika efek yg dialami berat).

Dan Alhamdulillah masa pukul 8 tadi nufa dah recover dgn baik. Dan lepas kejadia nih nufa jadik takut nak pkai lens lagi.. huhu..

Nufa nk pesan kpd org2 yg pkai.. supaya pkai dgn betul.. dan jgn lupa buka lens sebelum tido. Mybe apa yg dialami nufa adalah kesan paling ringan  yg boleh terjadi. Jadi.. anda semua berpada2lah dalam memakainya… ikutlah cara2 yg benar dalam pemakaiannya…

Trimas jka anda membaca sampai habis.. wassalam.

Monday, 8 February 2010

HATI-HATI- pls wash before wear!! --> edited.. jgn biarkan undergarment tak dibasuh.. then pkai lagi.. euww

salam... hari nie n3 geli.. meremang bulu roma tengok.. sblum nie aku dah jumpa bnda nie tapi pic yg diedit.. kali nie aku bagi yg video punya..

jadi nie peringatan dkat perempuan sahaja.. dan pondan2 yg memakai bra.. eheee.. basuh bra @ pakaian dalam anda sebelum dipakai sebab kita belum tahu apa yang melekat dkt situ.. dan bila cuci tu pakai laa air panas yang mendidih.. biar mampuss semua mahkluk2 asing tersebut..






psstttt: tnx to touya..  ehee.. tadi pi  search pasal bnda nie.. dan jumpa ia sebagai rumor semata.. dulu pernah tgk paasl bnda nie.. tapi tk baca detail.. carik2 punya carik.. ia hnya case report yang berlaku di nigeria yang mana ianya adalah unofficial dan hnya ada 2 case nie saja yang berlaku iaitu pada susan mckinley dan makcik dari afrika.. takde case lain yg disebutkan.. [link].. 

tapi.. nk bagi pesan gak.. ini mungkin terjadi betul2.. sbb ia adalah myasis.. dan menurut case report nie.. ia dari tumbu fly..  dan kemungkinan jugak boleh dilakukan oleh mana2 serangga @ fly dan kawan-kawan... nnti kalu de masa sy crite sikit pasal myasis... nk cari kat tenet pon banyak...  ehee.. 


aku nk betulkan skit.. tak mungkin terjadi kat bra baru yg tak basuh.. kecuali laa bra tue berasal kat negara2 cam nigeria yg byk kes myasis..  dalam case report nie.. makcik  nie pi basuh bra dia berdekatan dgn semak samun.. dan daerah yg dia duduk tue adalah endemik tumbu fly.. 


bagi sy laa.. kat malaysia tkde nyer kes mcm nie.. huhu.. so tk yh nk risau2..


jgn risau.. gambar nie fake. [link]. ok..  dah laa  gebu dia nyer... yang nie dikatakan milik susan mckinley