Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 5 July 2011

9 Cara Membuat Otak Anda Berfikir Lebih Cepat

Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologis. Ia membutuhkan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan. Anda dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya, memodifikasi, atau bahkan memanipulasinya. Anda mungkin tidak akan menjadi seperti Einstein, namun hal ini juga bukan alasan untuk tidak membuatnya menjadi lebih baik. Hal-hal di bawah ini akan membuat otak Anda bekerja lebih baik.

 1. Ambillah dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya, jadi mengapa tidak memberikannya kapsul minyak ikan setiap hari untuk meningkatkan kekuatannya. Kajian menunjukan bahwa minyak ikan dapat memfasilitasi peningkatan aktiviti pada otak, memperlancar peredaran darah, meningkatkan memori dan konsentrasi.


2. Seks secara teratur
 

Berhubungan seks dapat melepaskan senyawa kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak, menurut buku terkini Teach yourself. Training your brain  yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangi stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.


3. Kerjakan sebuah teka teki
 

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak Anda tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika Anda tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksimal.


4. Pergi berjalan kaki
 

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran yang dapat mengurangi percakapan mental yang mengganggu logika dan pikiran konstruktif. Sebuah perjalanan di pinggiran kota, dekat sungai atau sekedar di taman akan membantu Anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran Anda tetap jernih.


5. Mempelajari bahasa baru
 

Mempelajari bahasa baru dapat sindrom dementia (kemunduran otak) sampai dengan empat tahun menurut artikel yang dimuat pada New Scientist. Alasan pasti untuk hal ini belum diketahui, namun dipercaya bahwa ia memiliki hubungan erat dengan peningkatan perdaran darah dan koneksi saraf yang baik.


6. Tertawa
 

Tawa bukan saja merupakan obat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak pada saat yang bersamaan. Pastikan Anda tertawa setiap harinya.


7. Menjadi kreatifif


Melukislah atau pelajari alat musik yang baru, bergabunglah dengan kelas kesenian walaupun Anda yakin Anda payah dalam hal tersebut. Menjadi kreatif memungkinkan Anda untuk menemukan solusi baru untuk permasalahan yang sudah lama dan meningkatkan kesadaran pada saat yang bersamaan.


8. Belajar melempar barang
 

Riset dari Universitas Regensburg di Jerman memindai otak dari seorang juggler(pemain sulap yang melemparkan barang) dan menemukan bahwa kegiatan ini dapat meningkatkan struktur otak. Setelah berlatih selama tiga bulan, otak akan menunjukan peningkatan signifikan pada dua bagian, yaitu bagian mid-portal dan posterior intraprietal sulcus kiri.


9. Berhubungan dengan sifat keanak-anakan Anda
 

Einstein pernah berkata bahwa imajinasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya membuatnya menemukan perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cubalah lihat anak-anak, mereka penuh dengan imajinasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekade. Bebaskan pikiran Anda dari penjara pikiran  seorang dewasa, Anda akan menemukan cara berpikir yang belum pernah ada 

sebelumnya, Anda mungkin akan membuat penemuan besar yang berikutnya.

sumber- 

Sunday, 19 June 2011

[Kesihatan] Chikungunya penyakit bawaan nyamuk


Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala

Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi.

Rawatan

Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera

Pencegahan

Tip-tip semasa mengembara/bersiar
  • Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk

Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan.

Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

klik untuk bacaan tmbahan

Fakta Penyakit Chikungunya

Thursday, 26 May 2011

[kesihatan] gastrik: makanan yang perlu dielakkan.

ini adalah perut

Makanan yang lebih umum dan minuman dilaporkan untuk mencetuskan atau memburukkan nyeri akibat gastritis atau ulser perut meliputi:
  • Spicy food --> makanan yang mengandungi cili, paprika, lada hitam dan cili rawit. rempah-rempah lain seperti Cinammon mungkin juga kerengsaan. Curry serbuk yang digunakan di sebahagian besar selatan masakan Asia (India, Thailand dan sebagainya) mengandungi kombinasi dari banyak rempah-rempah. 
  • Sayuran dan herba seperti bawang, lobak, paprika (Capsicum), peppadew dan bawang putih.    
  •  makanan dan diawetkan , terutama daging kerana kandungan pengawet dan rempah-rempah dalam makanan ini. Ini termasuk makanan acar. pengawet tertentu seperti monosodium glutamat (MSG) digunakan dalam masakan segar juga, seperti di masakan China dan beberapa makanan segera. 
  • Minuman berkafein seperti kopi, cola dan teh. minuman tenaga tertentu yang mengandungi kafein atau taurin juga mungkin terbukti menjadi iritan sebagai stimulan dalam minuman ini meningkatkan perembesan asid  perut.
  • Buah  dan jus buah-buahan masam seperti yang mengandungi limau, lemon dan limau boleh memburukkan gastrik. Tomato dan jus tomato juga mungkin terbukti menjadi bahan pencetus gastrik 
  • Makanan tinggi lemak dikenali untuk merangsang perembesan asid perut dan oleh kerana itu memburukkan gastritis atau ulser perut. 
  • Alkohol adalah suatu zat pencetus lain yang dikenali dan sementara itu tidak mungkin perlu dihentikan seluruhnya, pengambilan perlu dikurangkan secara drastik.
ps: memakan makann sperti bunga kantan, serai juga boleh menyebabkan terjadinya gastrik.  kata org tua2 mknn tersebut sejuk dan boleh menyebabkan kembung dan maknan yg kita makan tidak mudah cerna.. tp.. sy tak tau macam mn ia boleh dikaitkan dgn gastrik. mungik makann ini menyebabkan perembesan asid perut atau dia menstimulasi GERD. i dont know yet bout this.. huuuuu

Thursday, 25 November 2010

contact lens hampir membuat sy jadi buta


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nufa ada kisah nk diceritakan. Semalam nufa pakai kontek lens. Nufa pkai sampai malam.  Nak dijadikan ceritanya, Nufa tertido pkai kontek lens ni. Sedar2 jer dah pukul 3 pagi. Huh… celik ja mata nufa Nampak kabur.. sekabur2nya macam ada tabir yg menghalang mata… lepas terpengongh dua hingga tiga saat, nufa baru sedar yg nufa tk buka lagi kontek lens yg nufa paki semalam… kelam kabut nufa cari air solution.. nk bagi mata basah sikit dgn harapan bila buka kontek lens mata dah jadi ok. Tapi tu semua harapan palsu..  pandangan nufa masih kabur lagi… taka da perubahan.. nufa cek mata dekat cermin… macam bengkak. Nufa jadi takut. Dengan serta merta cerita-cerita pasal bahaya kontek lens menerpa satu-satu. Nufa betul2 takut time tue, nufa takut jadi buta.. dan waktu tu jugak nufa nangis.. senangis2nyaa… yerlaaa.. nufa terpikirkan masa depan nufa, cita2 nufa.. nufa tk nk itu semua terkubur begitu saja… nufa cek bola mata.. nufa tekan bola mata nufa.. dan nufa dapat rasakan perbezaan.. bola mata seakan kerass… nufa lagi takut. Nufa dah betul2 takut.. takut kornea rosak sebab kekeringan.. nufa amik air solution tu. Nufa basahkan mata.. dgn harapan mata jagik lembap balik.. huhu.

Setengah jam nufa buat camtu.. ujung2, nufa buka laptop. Nufa google pasal bahana lensa kontak. Page yg dijumpai berasal dari Indonesia.. dia ada cerita beberapa kesan yg boleh terjadi akibat dari kontek lens. Ni link dia..
 
Semua simptom2 atau gejala yg dia sebutkan semua ada.. semua nya dialami nufa masa tu.. yg nufa alami akibat dari bertambahnya cairan dalam stroma (sel penghubung pada kelenjar pada bola mata)dan kekurangan oksigen pada kornea hingga menyebabkan edema pada kornea. nufa mengalami EDEMA KORNEA (KORNEA BENGKAK).. huhu

Yg melegakan hati nufa adalah.. dia boleh membaik setelah 3 jam (efek ringan) dan boleh juga membaik dalam masa seminggu (jika efek yg dialami berat).

Dan Alhamdulillah masa pukul 8 tadi nufa dah recover dgn baik. Dan lepas kejadia nih nufa jadik takut nak pkai lens lagi.. huhu..

Nufa nk pesan kpd org2 yg pkai.. supaya pkai dgn betul.. dan jgn lupa buka lens sebelum tido. Mybe apa yg dialami nufa adalah kesan paling ringan  yg boleh terjadi. Jadi.. anda semua berpada2lah dalam memakainya… ikutlah cara2 yg benar dalam pemakaiannya…

Trimas jka anda membaca sampai habis.. wassalam.

Tuesday, 11 May 2010

[personal draft] GILA MEROYAN



Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depressionmaternity blues ataupuerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakitpostpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.


Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-

  1. Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
  2. Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
  3. Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.
Apakah gejala gila meroyan?Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.
Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Friday, 19 March 2010

kelemumur menggangu anda??

Assalamualaikum.. 


Hari nie qis nak share pasal kelemumur sebab qis rasa bnda nie byak terjadi kat kita2. so enjoy jer laa baca ulasan qis pasal kelemumur dan ada kat bawah jenis 2 syampu yang boleh korang guna untuk mengatasi kelemumur ini.




bagi qis, semua org ada kelemumur ni sebab kelemumur atau dandruff adalah sel kulit kepala yang mati dan kering menggelupas. bezanya ada sesetengah orang yang penggelupasannya sedikit dan ada yang mengalami penngelupasan secara berlebihan. yang secara berlebihan ini yg bermasalah kepada kita.  secara fisiologis atau secara alaminya sel kulit kepala yang normal diperbaharui setiap 28 hari dan bagi masalah kelemumur ini, sel kulit kepalanya tumbuh dengan lebih cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Disini perlu diingatkan juga kalau kulit kepala kita ada pertumbuhan kulat yang berlebihan, pembetukan kelemumur akan bertambah berat.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya kelemumur ni. Antaranya adalah :

  • malas atau jarang bersyampu dan membilas rambut tidak sempurna terutama setelah pakai konditioner.
  • menggunakan  penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • menggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • pengeluaran minyak pada kulit kepala yang berlebihan
  • Perubahan hormon (yang nie qis tak sure hormon apa jer yg terlibat)
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah. (biasanya penderita HIV secara fisikal dikenali dgn byknya kelemumur di kepala dan bertatoo di bdnnya--> kes paling byk di tmpat qis)

Sekarang kita mengenal apa saja yang terjadi bila kepala kita berkelemumur. Antara gejala yang biasa terlihat adalah kulit kepala gatal dan menggelupas, dan terdapat  kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu dan pakaian.

Bagaimana untuk merawat kelemumur ni? seperti kalian tahu dan biasa kalian buat adalah apakai syampu anti kelemumur, berjaya atau tidak ia tergantung penyebab kelemumur itu. . Jom kita terjah, apa saja kandungan syampu anti kelemumur ni dan fungsi-funsi bahan kimia yang ada.


Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Banyakkan jenis2 syampu anti kelemumur? yang penting adalah kandungan syampu yang bleh membanteras kelemumur kita kerana yang perlu kita lakukan adalah mengubati sesuai dengan penyebabnya.. takkan kalau kita sakit jantung, ubat gastrik yang ditelan. eheehe
jadi, bila beli syampu ushar2laa dkat isikandungan dia.. lihat bahan apa jer yang terkandung.. jangan asal tgk jenama dan iklan2 kat media.ok?

Bak kata lecturer qis. mencegah lebih baik dari mengubati. so, macam mana kita nak mencegah berlakunya kelemumur ini.

  • Syampu rambut  dengan kerap sekiranya kulit kepala berminyak. so pilih la syampu yang boleh dipakai lebih kerap.
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Seperti yang kita tahu, kelemumur ini terjadia kibat dari penggelupasan kulit secara abnormal, sekarang kita kenal pasti apa saja yang menyebabkan penggelupasan kulit kepala ini.



kalau nak tahu lebih lanjut ble google sendiri.. ehehee.. tak2.. boleh laa tnya qis. nnti qis cari jawapan dan bagi korang jawapan dari pertanyaan korang. k..

Monday, 1 March 2010

awas... keganjilan pada lelaki..


pernah dengar perkataan gynecomastia? gynecomastia atau  dengan nama lain pembesaran payudara pada lelaki. Pembesaran payudara pada lelaki terbahagi kepada dua, iaitu karena bertambahnya tisu kelenjar ( aku translate dari glandular tissue) payudara atau karena meningkatnya jumlah lemak di daerah dada. ginekomastia sebenar adalah kerana pertambahan tisu kelenjar. ginekomastia terjadi akibat dari ketidakseimbangan kadar hormon estrogen dan testostron dalam darah, dimana dalam ginekomastia ini kadar hormon estrogen relatif lebih tinggi jika dibandingkan dgn hormon testosteron.  peningkatan hormon estrogen inilah yang menyebabkan terjadinya pembesaran payudara. pembesaran boleh berlaku bilateral (dua2 belah) atau unilateral (sebelah sahaja).


Biasanya yang mengidap ginekomastia ini adalah  kanak2, terjadi akibat proses puberti.. antara gejala yang dikeluh kesahkan adalah sakit pada payudara dan timbul benjolan tepat dibawah puting (nipple).. ciri2 benjolan ini adalah; sakit (kadang2), mudah digerakkan (tidak statik), berbentuk cengkerang (cg aku ckp).. BIASANYA ini akan hilang sendiri tanpa pengubatan setelah 6 bulan hingga 2 tahun, jika terkena akibat proses puberti.. jika dia sudah melewati waktu puberti, ini yang harus dijaga-jaga.. jika ginekomastia ini tidak menghilang.. konsiderkan untuk melakukan pembedahan membuang benjolan ini setelah anak berumur 20-21 tahun iaitu setelah habis masa pertumbuhan. jika dalam tempoh tersebut ia makin membesar dibuang dgn serta merta tanpa menunggu tempoh masa tersebut.

jika ia berlaku pada org dewasa, kemungkinan ia adalah akibat dari penyakit2:
1. cirrhosis of the liver
2. testis cancer
3. suprarenal tumor
4. hypogonadism

antara obat-obatan yang dapat menyebabkan ginekomastia. Contohnya adalah spironolakton (diuretik), nifedifin, captopril, ketokonazol, metronidazol, ranitidin, simetidin, omeprazol, ubat HIV, diazepam, dll.

penyakit ini pada golongan dewasa mgkin kearah kosmetik  kerana pembesaran payudara seakan-akan wanita..


Pengubatan ginekomastia tergantung dari penyebabnya.  Jika kerana penyakit, maka penyakit yang menyebabkannya mesti diubati. Begitupun jika penyebabnya adalah ubat-ubatan, maka ubat yang menjadi biang ginekomastia harus dihentikan. Kadang-kadang, jika ginekomastia tidak hilang, dilakukan pengangkatan melalui pembedahan. 



 psstt: aku tak jumpa gambar lelaki yg kena penyakit nih.. korang imagin sendiri yer.. 

Saturday, 20 February 2010

Mulut berbau


euwww... mulut u bau laaa... pernah tak korang dapat penghinaan seperti ini?? eheee.. mulut berbau, korang malu tak bila mulut korang berbau? atau yang lebih parah, korang tak tau pon mulut korang berbau 'uwekkk' dan hanya disedari dari perlakuan teman bercakap kita? eheheee.. dalam terma kesihatan ia dipanggil sebagai halitosis..

masalah bau mulut bukan jer babitkan kita yang mulut busuk tapi orang2 yang diajak bercakap. pasti diorang seakan mau termuntah.. (muntah ijau)
jom kita kenali tanda-tanda yang mulut korang berbau..
  • korang sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila korang bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • ada taik gigi kaler kuning.. dan lidah kotor

 pencegahan --> menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan  flos gigi setiap hari  membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

3) Penggunaan herba

 mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan 

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Monday, 28 December 2009

Skodeng??

salam...  sape pnh kena timbir(bhs ganu) atau ketumbit(bhs baku)??? kalu kna mesti soalan pertama keluar dari mulut org yg tgk... oowwwhhhh.. ko skodeng ek?? skodeng dlm maksud mengintai org yg ble menimbulkan kontoversi.. ahhaha. korg mesti tau apa maksud aku.. sbb aku sndiri tk tau nk elaborate camner..

tue hanya mitos jer.. ala biasa arr org melayu byk sgt mitos2nyer.. kesian sape yg kna ngusik.. mmg makan dalam arr... sbb bukan sorg dua yg tegur... setiap org yg nmpak bnda kat mata tue pasti tegur yer tak?? ahaha..

bnda nie sbnrya terjadi akibat dari jangkitan kuman pada kelopak mata atau dakt ngn akar bulu mata tue.. bila dah kna jangkitan kuman maka dia akan menimbulkan tanda2 keradangan.. ha!! dak medik apa jer tnda2 dia?? ada 5 tau.. nie ha aku kasi tau..  rubor, calor, tumor, dolor,  functio laesa (latin word)- merah, panas, bengkak, sakit, hilang fungsi..  tak semestinya ada hilang fungsi tau....





timbir nie tak berbahaya.. tak sebabkan buta pon.. cuma bengkak, merah, kadang2 gatal, mata berair.. tue jah kan??
bnda alah nie tak berjangkit.. so korg tak yh arr takut kna kat korg ugak..

aku kalu kna nie aku biar jer.. nnti ilang arr... tapi nasihat dokter muhaya.. dia suruh pi jumpa dokter amik rawatan ngn antibiotik dan rawatan untuk mcegah dari timbir nie makin besar..  ubat antibiotik nie tujuan dia nak bunuh kuman2 yg menyebabkan timbir nih... so ikutlaa yer nasihat dokter...

k arr adios.. nak sambung baca buku.. exam just around d bucu...

p/s: sbnrya ada satu agi penyebab timbir nih.. aku malas nk elaborate..
  1.  jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. 
  2. keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata  kalis air (kalazion). ---> AYAT DR. MUHAYA.. BKN AKU
kalu yg kedua tue treatment dia lain skit.. sbb dia agak besar.. dan kadang2 perlukan minor surgery tuk buang timbir tue..
apa2 maklumat ko search kat sini.. kredit to dr muhaya dan utusan 


p/s/s: sila2 laa skodeng lagi.. nnti bila korg tumbuh timbir nie.. korg jawab jer bukan sbb skodeng.. ahhaha.. explen kat diorg scr saintifik skit.. takde nyer skodeng ble sbbkan timbir... tapi kalu korg skodeng kat lubang2 yg kotor ker.. pastu kna mata.. ble jer korg kna jangkitan kuman... ahahhaha...