Sunday, 31 March 2013
Friday, 29 March 2013
Thursday, 28 March 2013
Saturday, 16 March 2013
Friday, 15 March 2013
Sunday, 10 March 2013
Friday, 8 March 2013
Bahagiakah?
Makan banyak? Rasa macam tak jer.. kije banyak adeee... nak salahkan sape nih? Huuu
Diet? Huu.. mengubah pola makan jadi lebih baik.. susah. Sgt susah,. Senam?dh byk cuba. Tapi sekejap jer.. tk dpt jadikan habit lgi.
Nak hidup sihat sebenarnya tak susah langsung.. siyes aku ckp.. asalkan ada tekad yang kuat, jadikan semua gaya hidup yang sihat sebagai habit.. badan indah akan jafi knyataan...
Actually aku jeles tgk makcik2 kt sini, sdah berumur tapi terlihat muda, kurus, bntuk badan indah, sihat.. tk macam aku yang masih muda.. huuuu.. alhaiiii badan indahhh
posted from Bloggeroid
Tuesday, 24 July 2012
puasa ramadhan
selamat berpuasa semuaaaaa.... jgn ponteng2. wkwkwkwk... gua tk posa2 lagi tp duk sini mcm org posa.. tkdak mknn mau mkn.. huuuu..
bahasa gua dah kacao.. gua kan saiko.. wakakakaka.. adiossss
btw cik boipren gua buat blog scr tiba2... dia mimpi putri kayangan suruh dia buat blog.. gi ah tgk belog dia.. kacao balau.. cantik blog gua lagi.. wkwkwkkwkwkw...
peace no war boipren
![]() |
| click to go thereeeeeeeeeeeeeeee!!! |
Saturday, 7 April 2012
galau
post blog macam tulis status kt fb.. "_"
btw td beli kain nk wat bju.. rasa mcm pengantin plak beli kain camtu... bila mau kawin nih??? huhuhu
Saturday, 10 March 2012
i feel sad then i cry laa..
i feel stupid.. crying for no reason.. just feeling empty.. zero= zilch..
adekah aku akn kembali seperti dulu?? menjadi seorang yang jiwa kacau, galau??
i may become crazy oneday. maybe.
Monday, 5 March 2012
Petua Menduduki Rumah Baharu
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Tuesday, 31 January 2012
cara didik anak =)
Renungan Bersama!!
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Thursday, 22 December 2011
ALHAMDULILLAH... UJIAN TA DAH SELESAI
tadi sy dah ujian TA.. gumbira sgt walaupun tkleh jawab sgt soklan tadi. tp tkpelaa asalkan sy lulus.. terima kasih prof teguh, dr. hidayat, dan dr. danik.. thanks for guide me till i finish the exam..
prof teguh sangat awesome.. i love u... to to to to much. hehehe
kat atirah pon timo kasih byk2 gak.. abiskan masa cuti EM dgn menemani sy gi kampus.. faizanah, jihad, yati, alia, dalila... trima aksih u all... lps nih tolong sy wat revisi plak yer.. hehehee...
love u laa... nnti kita gi mkn2 sedap2 yaaa...
Sunday, 13 November 2011
tragedi november
salam.. setelah sekian lama menyepi tanpa satu pon entry kali nie sy masih dalam trauma akibat tragedi yang telah terjadi pada teman seperjuangan sy di indonesia. sedih, pilu ,takut, dan paranoid bercampur baur menjadi satu dalam diri sy sekarang dan saya percaya bukan saya seorg saja yang merasakannya teman2 sy dan adik2 sy disini semua merasakannya.
buat keluarga dan teman rapat adik andrian jay pereira, semoga kalian tabah menghadapinya.. semoga pemjenayah itu segera ditangkap dan dihukum setimpalnya.. to late andrian housemate, akak tahu kalian berdua paling merasakannya.. tabahkan hati, kuatkan diri, teruskan perjuangan walau bukan di sini lagi.. akak tahu mmg berat mengahdapinya.. walaupon kita tk sama agamanya tapi kita berasal dari tempat yg sama.. me malaysian.. we are the one here.. we are family..
love, nufa
Tuesday, 25 October 2011
5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
kesahihan tak tau… kkkkk.. tapi kan bnda2 nie semua dah lama aku tau.. aku jer wat tak tau terutama yg megi tue.. tapi biasanya aku akan rebus mee tue dan buang air dia.. untuk kuah aku buh air lain.. kkkk.. macam laa selamat kan.. tp aku rasa dpt kurangkan dan buang wax dia tue… its all up to you to believe it or not.. chaowww
Friday, 30 September 2011
ikan keli halal vs haram
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.
Monday, 12 September 2011
lagi4 jam.. lcct jewwwwwwww..
wahhh.. lama tk expose diri lam blog. makin membulat jer nampak.. hahaa..
sakarang saya ada di lcct yer adik2.. sy menuunggu untuk berlepas ke surabaya.. dekat sebulan sy kt umah abiskan masa dgn tolong abah.. hehee.. yer tolong abah meniaga.. walaupon sy tkde laa tolong sgt tp sekurang2nya ade jugak bnda yg sy leh buat.. huu..
ohh.. dah lama rupanya sy tk tulis.. raya aritu sy sempat pergi tgk kubur mak.. yer.. sy pergi tgk setelah hampir setahun pemergian mak.. masa pergi ziarah kubur arwah mak.. kejadian yg teramat sadis tlah berlaku.. huuu..pagi tu pergi kubur dgn abang, kakak ipar, adik2 n anak sedara 4 org. bleh plak abng sy lupa mana satu kubur mak.. sadis tul sy.. FYI kubur mak tkde batu penanda.. alasan abg sbn tk sempat buat lgi. kt kubur mak hnya 2 btg pokok.. itupon ade sedara mara kubur sebelah yg amik btg pokok kubur berdekatan n tanam atas kubur mak. huu.. kubur mak mmg tkde pape.. batu penanda pon tkde. masa tu perasan sedih ngn malu bercampur baur sbb tk knal kubur mak sendiri.. abah dtg dlm 10 minit kemudian sbb kitaorg semua buntu tk tau mn satu.. huu.. sadiss kannn??
raya pertama biasa2 jer.. hnya pergi ke rumah sedara mara jer.. raya kedua duk umah jer.. bosan tahap melampau sbb tkde org dtg beraya.. hari raya ketiga abah amik keputusan untuk bukak kedai.. lumayan laa jugak.. ramai rupanya org dtg nk beli brg.. mybe dh ada yg mula nk balik tempat tinggal masing2..
ohhh sungguh melaut isi ngn tajuk.. hahaa.. tkpelaa ai tukarkan tajuk nie kepada pengalaman menxiarahi kubur arwah mak saya buat pertama kali.. exceli perziarahan kubur pertama sy, =)
Saturday, 20 August 2011
apa gunanya … kalau…
Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sia..
Apa guna jadi LELAKI KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak..
Apa guna jadi PEREMPUAN CANTIK, kalau Pukul 12 tghari pun tak celik-celik..
Apa guna UMUR PANJANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukang..
Apa guna HARTA MELIMPAH kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun susah..
Apa guna BELAJAR tinggi2 kalau ibu bapa pun x dihormati..
Apa guna PANGKAT BESAR kalau kubur dah dekat pun masih tak sedar..
Apa guna ALLAH BAGI HIDAYAH, kalau nak solat pun sikit punya payah..
Apa guna BDIRI LAMA bjam2, tapi x mampu berdiri selama 5 minit solat kpd Allah..
Apa guna ANGKAT BERAT berkilo2, tapi x mampu angkat kelopak mata yg x sampai 50 gram dan selimut x sampai 1 kilo utk bangun solat subuh..
Apa guna BJALAN & BLARI bpuluh kilometer, tapi bila azan x mampu dtg ke masjid utk bsolat jemaah..
Friday, 19 August 2011
nampaknya ia hanya menjadi angan2… penyesalan yg tiada gunanya…
kecewanya rasa.. tp tkleh nk lebih2.. itupon dah lebih2 dah.. huu biarlah.. klau dah rasa diri tu market tinggi.. do lah wat ever u want.. macam2 boleh jadi kan? semua tue silap sy kot. lmbt sgt selesaikan kulliah. n mybe u never llove me.. just kesiankan I jer. huuu… terima jer laa.. diri sy nie mmg tk market.. semua huduh. perangai lagi huduh.. hanya mintak dibunuh jer.. org len pon tk sanggup tgk sy kt dunia nih..
wahai diri.. just let it go… u will be better person by urself without him.. n u will hv better relationship with HIM..
masyaallah…astarfirullahalazim…ya Allah.. ampunkanlah hambamu ini.. jgn menarik semua pemberian-Mu pdku.
cukuplah aku mencoreng arang dimuka ku dan keluargaku.. jgnlah dibuka semua aibku dan jagalah hubunganku dgn keluargaku…
Saturday, 13 August 2011
tersembunyi
terasa mcm ada sesuatu yg disembunyikan… hmmm.. tkpelaa.. redha jer laa.. tkde hak nk halang semua tu terjadi.. tp aku rasa mcm melampau plak bila buat cmtu.. hmmm.. sorry laaa.. nnti tambah jer laa jadi rakan balik… tinggal tekan jerr…
mode arini runsing pikir hal org.. hal sendiri lgi bertambah pening… adekah melakukan perjumpaan dgn psychologist dpt mmbantu aku? tk tau nk cerita masalah dlm diri ngn sape.. semua tkde sifat mcm dia.. yg selalu dengarkn sy dan beri pendapat dn pndangan yg membina tnpa memerli dan memarahi sy… depressss








