Sunday, 20 June 2010

selamat petang

hari nie just nak cakp nufa buat akaun baru untuk facebook semata2 untuk masuk GB.. huhuhu.. i love GB too much.. ngeh3...

nnti join2 laa yer Fb blog nufa nie yer...


salam sayang dari NuFa

Saturday, 19 June 2010

Friday, 18 June 2010

penukaran url blog

salam.. tak tau mcm mn nk announce.. tapi qis dah tukar nama dari qis ke nufa... pakai nama sebenar plak.. url blog pon nufa tukar jugak.. alasan sbb apa tukar nie.. adelah nufa nk lupakan nama qis tue beserta kenangan2 yg ada pada nama tue... sedih nk lupakannya.. lagipon.. nufa nie singakatan nama betul nufa (nurul faizah).. nufa dah mls nk ber basa basi dlm kehidupan maya.. tak nk main tipu2... huhu

exceli nufa pernah terpikir nk tutup blog nih... tapi syg plak kat zilch nie.. dah lama ngn dia... dia byk tahu kisah nufa slama nie... 

insyaallah lepas nie.. nufa akan bergiat skit nk promosi baru blog nie.. sbb dah pakai url baru..

hmm.. nufa dah delete fb.. tk tau macam mana nk log in gengblogger lps nih.. huhuhu... nufa tgh join MF2U.. (myfriends2u) menarik gak.. walaupon baru lagi dlm dunia cyber nih...

so skarang http://qisminaraudhah.blogspot.com sudah terkubur.. dan sekarang http://nufamd08.blogspot lahir kedunia maya nih... smoga berkekalan sampai bila2.. aminn

Sunday, 13 June 2010

Rindu...

huhu cam poyo jer tahuk entry nih.. tapi apa kan daya mmg kerinduan melanda hati ini.. rindu akan perhatian yg diberikan, rindukan kasih sayang yg dilimpahkan, rindukan keluh kesah yg diluahkan.. suka duka sentiasa bersama.. tapiiii.. kenapa semasa dia ada tk pernah aku ingat dan hargai?? setelah dia pergi.. pergi.. otak seakan menyentap stiap memori itu.. mengeluarkan satu persatu.. dengan setiap janji yg pernah aku lafazkan dulu.. tapi semakin berlalunya waktu semakin aku melupakannya.. melupakan janji itu.. maafkan aku..

setiap kejadian ada hikmahnya.. kejadian yg secara tidak di rancang yg tidakku anggap akan melukanmu rupanya melukakanmu sungguh2.. maafkan diri ini.. tapi percayalah tidak pernah ku sangka ia merupakan satu titik yg mn setiap perlakuanku yg ko pendamkan terluah disitu.. akibat satu itu semua perkara yg aku lakukan sengaja maupon tidak sengaja melukankan hatimu terbuka di titik itu... terluka.. pasti kau sgt terluka.. sedalam mana luka itu tetap akan meninggalkan parut yg akan jelas kelihatan sampai bila2.. maafkan aku..

tapi... aku percaya setiap kejadian yg tak diingini berlaku pasti ada hikmahnya... walaupon kita tahu kita mungkin tidak akan dapat bersama.. aku redha tapi jauh dilubuk hati aku seakan tidak merelakannya.. aku mau kau milikku bukan insan lain.. tapi aku sedar aku tiada hak memilikimu dan memisahkan kau dan insan itu.

maafkan aku.. aku banyak menipumu.. menipu setiap perlakuanku setiap hari, perlakuan kenapa aku tidak membalas sms-mu.. kerana aku mneyedari akan hub yg sia2 ini. hanya akan membuat hati bertambah terluka.. hubungan yg tidak melukakan hatimu tapi melukakan hatiku dan insan itu. aku tidak sekejam itu untuk melukakan hatinya.. kerana aku bukan siapa2mu.. walau kutahu kau tersangat menyayangiku dan mengasihiku.. tapi itu tidak terbanding dgn perlakuanmu terhadap insan itu. dia berhak atasmu sedangkan aku tidak.. biarlah kita begini saja. sebagai teman biasa. tiada lagi perasaan seperti dulu.. pendamkan saja sehingga waktu mempertemukan kita kembali.. dan aku akan menantikan waktu itu...





Tuesday, 1 June 2010

mak...





Ibuku, Kenapa Kau Menangis?
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak...”. “Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”

Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?” Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan.”Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?”

Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,

“Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan”.

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup, karena di kakinyalah kita menemukan surga.

Saturday, 22 May 2010

no need tajuk.. useless..

waaaargghhhhh!!!!!!


benci.. benci..benci... tk sukaaaaaa... tak suka rasa mcm nie... TAK SUKAAA!!!

apasal nie wahai cik qis,,, knape ngn ko nihh????? 


apsal dlm dunia nie wujud sikap terlebih sensitiff...??? padahal bnda nie hal yg kecik cinonet jer.. apsal sampai aku rasa sedih sgt2???? sedih tau.. air mata tak berenti kuar.. rasa cam org bodoh plus macam org gilaaaa...

mak.. maafkan nurul yer... tk patut nurul kecik ati ngn mak.. tp nurul betul2 kecik ati..  T_T..
td nurul nk ckp ngn mak jer.. nk crite2.. tp knape tkmo lyn nurul..  nurul rindu kt mak tau..  nurul nk crite2 walaupon byk yg nuurl tipu... nurul tk blajr... tkleh buat kije2.. tk concentrate.. nurul malas.. nurul dah nk jadik giler kt sini..

MAK.. NURUL TIPU JER.. (tp betul2 dlm hati..)

Sunday, 16 May 2010

bosan..

bosan.. bosan.. bosann.. ni yg aku rasa sekarang.. bosan.. aku bosan lihat perangai mnusia.. bosannn.. hidup cam robot.. tkde apa2 kelainan.. haihhhhm.. apekah aku memmerlukan patology disealik physiology??? hmmm...


warggggggggggggggggggggggggggg..... adekah aku tensyenn?? atau aku saiko????

Tuesday, 11 May 2010

[personal draft] GILA MEROYAN



Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depressionmaternity blues ataupuerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakitpostpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.


Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-

  1. Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
  2. Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
  3. Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.
Apakah gejala gila meroyan?Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.
Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Monday, 10 May 2010

[jiwang] CINTA part 2




SAMBUNGAN…HEHEHEE..

Keabadian cinta itu dapat membuat orang itu dapat termotivasi untuk melakukan perubahan yang lebih baik daripada sebelum ia mengenal cinta itu.Cinta itu sesuatu yang suci dan janganlah kita menodai cinta yang suci itu dengan ke-egoisan kita Cinta juga adalah satu perasaan terdalam manusia yang membuatnya rela berkorban apa saja demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Pengorbanannya itu tulus, tidak mengharap balasan.

Cinta tidak boleh diukur dengan kebendaan ataupun yang berasal dari dunia fana.Cinta, membuat bahagia, duka ataupun buta.Cinta itu penuh pengorbanan, kepahitan, keindahan dan kehangatan.Cinta adalah sebuah keinginan untuk memberi tanpa harus meminta apa-apa,namun cinta akan menjadi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima, sehingga kehangatan, keselarasan dan kebersamaan menjalani hidup dapat tercapai. CInta adalah kata yang memiliki banyak makna, bergantung bagaimana kita menempatkannya dalam kehidupan. Cinta itu bisa membuat orang buta akan segalanya

Cinta akan  membuat orang merasakan suka dan duka pada waktu yang sama ketika kita berusaha mendapat kebahagiaan bersama.Jadi bukanlah kebahagiaan untuk kita sendiri.

Meskipun demikian kita jangan samapi salah langkah agar tidak menuju kesengsaraan. Lakukanlah demi orang yang kamu kasihi agar kau tidak merasa sia-sia tanpa guna. Karena hal itulah yang membuat hidup menjadi lebih hidup Cinta adalah perasaan hangat yang mampu membuat kita menyadari betapa berharganya kita, dan adanya seseorang yang begitu berharga untuk kita lindungi.

CInta tidaklah sebatas kata-kata saja, karena cinta jauh lebih berharga daripada harta karun termahal di dunia pun.Saat seseorang memegang tanganmu dan dan berkata” Aku cinta kamu…” pasti menjadi perasaan yang sangat istimewa!

Kerana  itu, saat kamu sudah menemukan seseorang yang begitu berharga buat kamu, jangan pernah lepaskan dia! Namun adakalanya cinta begitu menyakitkan, dan satu-satunya jalan untuk menunjukkan cintamu hanyalah merelakan  dia pergi.

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Sunday, 2 May 2010

trip to pulau sempu

salam semua...

sian aku tgk en.zilch nih.. huhu.. sorry yer bang... ayg tak sempat nk update.. hehhee
ok lah.. straight to the point jer.. aku nak crite lepas exam baru2 nie aku dan kwn2 gi jalan2 kat pulau sempu.. aktiviti ape je kitaorg buat???? jom tgk gambar.. heheee

inilah kronologi perjalanan kitaorg..

AMARAN:  entry penuh gambar.. huhuhu.. 

bertolak


pakcik keta sudah sampai

pergi pasar beli ikan besarrrr

ikan besaarrrrr

naik bot ke teluk waru



dah sampai.. tk puas duk dlm bot.. huhu


hiking ke pantai yg best


tapi last2 tempat air tawar yg sampai.. HAMPEH!!


patah balik ke teluk waru.. mandiiii 

bakar ikan, udang ngn sutunggg.. SODAPP

bye2 pantai yg indahhh... bot dah sampai

naik bot balik

dlm keta.. nak balik dahh... capekkk bangettt..

SEKIAN DARI QIS.. HEHEHEE.

Susun Gambar Eyriqazz



contest dari eyriqazz... sape cepat dia menang.. heheheee

Tuesday, 13 April 2010

[jiwang] CINTA part. 1

Cinta itu buta…indah bila kita bersama tapi pedih bila dilukai..kejam dirasakan..
Cinta…Hidup kita mcam terasa hampa tanpa cinta.Dalam hati ini tercipta ruang-ruang oleh ALLAH untuk kita menyimpan cinta itu.Banyak ruangnyaCINTA PADA ALLAH,CINTA PADA KAWAN,CINTA PADA KEKASIH,CINTA PADA KELUARGA,CINTA PADA ILMU.Dalam ruang yg sempit dalam sekeping hati di dada ini lah disimpan,di atur,di susun,dibahagi-bahagikan segala perasaan itu..indahnya ciptaan ALLAH..

Jiwa kita ini terasa hancur bagai puing-puing bangunan  yang berserakan tanpa sentuhan kasihmu cinta…setiap orang selalu memanggil manamu Setiap orang selalu memerlukan mu Setiap orang berusaha menggapaimu

Cinta….Mengapa ada saja yang selalu mengganggumu Mengapa ada saja yang selalu mempermainkanmu Merayumu, membuaimu..Kemudian mencampakkanmu..
Cinta…Engkau terlalu indah untuk disakiti Engkau terlalu berharga untuk dipermainkan Engkau terlalu sempurna untuk dicampakkan. Cinta…Jadilah engkau bak mutiara dilautan yang selalu bersinar  memancarkan cahayanya yang berkilauan Walau engkau berada dalam lumpur yang paling dalam..
Cinta…. Sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling….saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian Cinta……Tidak dapat berjalan apabila mereka mementingkan diri sendiri.Kerana dalam berhubungan, pasangan kita pasti menginginkan suatu perhatian lebih dan itu hanya boleh di dapat dari pengertian pasangannya.
Cinta adalah memberikan kasih sayang bukannya rantai. Cinta juga tidak boleh dipaksakan dan datangnya pun kadang secara tidak di sengaja. Cinta indah namun kepedihan yang ditinggalkannya kadang berlangsung lebih lama dari cinta itu sendiri.

Batas cinta dan benci juga amat tipis tapi dengan cinta dunia yang kita jalani serasa lebih ringan. Cinta itu perasaan seseorang terhadap lawan jenisnya karena ketertarikan terhadap sesuatu yang dimiliki oleh lawan jenisnya Namun diperlukan pengertian dan saling memahami untuk dapat melanjutkan hubungan, haruslah saling menutupi kekurangan dan mau menerima pasangannya apa adanya, tanpa pemaksaan oleh salah satu pihak. Berbagi suka bersama dan berbagi kesedihan bersama.
Cinta…Sesuatu yang murni, putih, tulus dan suci =yang timbul tanpa adanya paksaan atau adanya sesuatu yang dibuat-buat,… 


by: Abe Zuhe

penulis jemputan

Hari nie qis kenalkan penulis jemputan qis.. Ehhehe.. Namanya zuhe (sipi2 ngn nama sebenar). Hmm.. Zuhe nie jiwang tau buktinya pertama kali qis bc tulisan dia,meremang segala bulu qis..kehkehkeh.. (plizz jgn pk lain k.)

sape zuhe ngn qis?.. Ehehee . Dia kwn baik qis.. Sporting orgnyer, suka nyanyi dan penghayatan masa nyanyi sungguh mantap.. Ehehhehe.. Kalu lagu sedih maybe ble nanges kot.. Hehhehehe.. Abe Zuhe jgn mrh yer.. Huhu
Nak kenal orgnyer? Dia begitu misteri.. Sampaikan kemana2 saje dia pakai topeng.. Dlm umah pon.. Huhu..

k guys.. ni dia abe zuhe kita


wassalam.. Next time qis publish hasil tulisan abe zuhe.. Tungguuuu

Thursday, 8 April 2010

what day is today??

ehehee.. just wanna say that today is my birthday.. hehehee.. smoga aku mndapat petunjuk dari Allah swt.. dan menjadi hambaMu yg solehah dan kuat akan pengangan agamaMu ya Allah.. murahkan rezekiku dan permudahkan aku dalam membuat aktiviti harianku.. dan semoga aku berjaya menjadi  pelajar yg baik dan seterusnya doktor yg baik nantinya amiinn..



Monday, 5 April 2010

damn cute baby

as Salam..





Sorrylaa yer en.zilch..huhu..aku bg nama skit kt blog aku nie..knapa en.?? Hahaha..korg sndiri maklumlah aku prmpuan so ketertarikan aku hya pd jantina yg berlawanan..yg sm jantina kim salam jer..huhuhu

kat sini aku just nk ckp.. Sayangilaa isteri anda.. Terseksa tau dia nk melahirkan anak buat korg para suami.. Kalu tg lum kawin tue..tok sah laa menggedik nk buat anak bila last2 anak tue masuk dlm tong sampah.. Sekuat mana pon protection yg korang pakai,bila tuhan nk tunjuk kekuasaanNya.. Apa2 pon bolenh terjadi.. Kebanyakan yg lahir tanpa diduga tue tk pakai protection ke??



Aku teringin nk tau apa perasaan diorg setelah buang bayi yg tk berdosa tue.. Nk tau dari segi psikologi..huhu kalu wat kajian maunyer mantap nih.. Lgpon golongan2 mcm nie dah tk susah nk cari.. Tgk ar brapa byk kes anak luar nikah.. byk sampai tk terduga...



ohhh.. Baru2 nie aku duty kat bagian obstetri..huhu first time tgk bayi lahir.. Aku hampir meloncat bila nk bagi semangat kat calon ibu yg tgh mengeran..huhuhu.. Siyesss. Bila aku tgk usaha dia,aku kagum.. Sbb dia tk menjerit kesakitan.. Walaupon proses melahirkan tue agak lama sehingga terpaksa membuka jalan lahir  dgn lebih besar.. Aku hampir pengsan bila lihat dokter yg incharge melakukan epistostomi.. Huhu.. Ditambah pula ngn darah yg keluar membuak2.. Siyess korg akan pengsan..huhu. Lupa plak.. That baby r so damn cute... Comel sgt2.. gembira sgt bila tgk.hehe



bila aku  tgk bgaimana seksanya ibu yg melahirkan.. Aku terasa mcm tk nk beranak.. Sakit woooo.. Aku tk sanggup.huhu.. Aku tipu je. Ahaha.. Anak adalah anugrah dari Allah yg Maha Esa.. Knapa nk menolak pemberianNya..



akhir kata.. Sayangilah wanita disekeliling anda terutama ibu anda ok.. say no to free sex. Hormatilah hak wanita dan buat wanita jagalah maruah anda.. Jgn ikut nafsu sgt.. N don't trust men 100 %.


psstt: jgn ingat bila melakukannya hanya sekali anda takde kemungkinan tuk mengandung.. that all lembusyit.. buat remaja2 diluar sana jagalah diri korang yer.. jaga maruah diri, mantapkan iman di hati.. 

Friday, 19 March 2010

kelemumur menggangu anda??

Assalamualaikum.. 


Hari nie qis nak share pasal kelemumur sebab qis rasa bnda nie byak terjadi kat kita2. so enjoy jer laa baca ulasan qis pasal kelemumur dan ada kat bawah jenis 2 syampu yang boleh korang guna untuk mengatasi kelemumur ini.




bagi qis, semua org ada kelemumur ni sebab kelemumur atau dandruff adalah sel kulit kepala yang mati dan kering menggelupas. bezanya ada sesetengah orang yang penggelupasannya sedikit dan ada yang mengalami penngelupasan secara berlebihan. yang secara berlebihan ini yg bermasalah kepada kita.  secara fisiologis atau secara alaminya sel kulit kepala yang normal diperbaharui setiap 28 hari dan bagi masalah kelemumur ini, sel kulit kepalanya tumbuh dengan lebih cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Disini perlu diingatkan juga kalau kulit kepala kita ada pertumbuhan kulat yang berlebihan, pembetukan kelemumur akan bertambah berat.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya kelemumur ni. Antaranya adalah :

  • malas atau jarang bersyampu dan membilas rambut tidak sempurna terutama setelah pakai konditioner.
  • menggunakan  penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • menggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • pengeluaran minyak pada kulit kepala yang berlebihan
  • Perubahan hormon (yang nie qis tak sure hormon apa jer yg terlibat)
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah. (biasanya penderita HIV secara fisikal dikenali dgn byknya kelemumur di kepala dan bertatoo di bdnnya--> kes paling byk di tmpat qis)

Sekarang kita mengenal apa saja yang terjadi bila kepala kita berkelemumur. Antara gejala yang biasa terlihat adalah kulit kepala gatal dan menggelupas, dan terdapat  kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu dan pakaian.

Bagaimana untuk merawat kelemumur ni? seperti kalian tahu dan biasa kalian buat adalah apakai syampu anti kelemumur, berjaya atau tidak ia tergantung penyebab kelemumur itu. . Jom kita terjah, apa saja kandungan syampu anti kelemumur ni dan fungsi-funsi bahan kimia yang ada.


Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Banyakkan jenis2 syampu anti kelemumur? yang penting adalah kandungan syampu yang bleh membanteras kelemumur kita kerana yang perlu kita lakukan adalah mengubati sesuai dengan penyebabnya.. takkan kalau kita sakit jantung, ubat gastrik yang ditelan. eheehe
jadi, bila beli syampu ushar2laa dkat isikandungan dia.. lihat bahan apa jer yang terkandung.. jangan asal tgk jenama dan iklan2 kat media.ok?

Bak kata lecturer qis. mencegah lebih baik dari mengubati. so, macam mana kita nak mencegah berlakunya kelemumur ini.

  • Syampu rambut  dengan kerap sekiranya kulit kepala berminyak. so pilih la syampu yang boleh dipakai lebih kerap.
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Seperti yang kita tahu, kelemumur ini terjadia kibat dari penggelupasan kulit secara abnormal, sekarang kita kenal pasti apa saja yang menyebabkan penggelupasan kulit kepala ini.



kalau nak tahu lebih lanjut ble google sendiri.. ehehee.. tak2.. boleh laa tnya qis. nnti qis cari jawapan dan bagi korang jawapan dari pertanyaan korang. k..

Saturday, 13 March 2010

Selagi Bergelar Manusia

gambar hiasan


Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan

Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur

Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka

Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga

Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta



Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Friday, 12 March 2010

sorry guys

aku busy sejak akhir2 nie.. so tkleh nk update sgt.. byk bnda nk kongsi.. tp aku pnding dulu yer..

Friday, 5 March 2010

[personal] LOVE YOU




just nak bagi tau kat korang yang aku tgh homesick........ uwaaaaaaaa.. mak org rindu kat mak.. nak balikkk..

sedih tau mak tak jadi datang sini.. macam2 dah plan yg dibuat termasuklah makanan hari2, tempat2 best pi jalan2 dan tido bawah ketiak mak.. ehehee.. rindu.. rindu.. rindu..

smoga mak makin sihat yer. jgn degil sangat. ikut cakap abang ngan abah. okies? kali nie mak tak jadi datang takpe, nanti org grad kena datang tau.. nanti ble bawak pi jalan2.. kita pi bromo.. hehe best tue. ble tgk keliling kawah gunung brapi..

xoxo